Wajib Baca : Tidak Akan Masuk Syurga Wanita Bertudung Tetapi Berpakaian Ketat

Trend barat menjadi ikutan setiap wanita mahupun lelaki namun sebut sahaja fesyen wanita lebih cenderumg untuk bergaya dan nampak cantik disisi rakan-rakan dan oarang sekeliling. Tidak salah jika mahu cantik kerana itu adalah fitrahnya.

Namun disebalik ingin cantik tersebut wanita -wanita ini mengenakan pakaian yang sangat ketat hingga menaikan ghairah lelaki disekeliling. Ada juga berpakaian menampakkan lurah-lurah serta buah dada semata-mata inginkan perhatian daripada pandangan lelaki jadi anda fahami betul-betul hadis dan perkongsian dibawah
 
Rasulullah SAW: "Dua golongan penduduk neraka yang belum aku lihat: Orang -orang yang membawa cemeti seperti ekor lembu panjang yang mencambuki orang lain- dengan zalim dan melanggar hak-hak, dan wanita wanita wang berpakaian, tetapi sebenarnya mereka telanjang-pakaian pendek, tipis dan ketat-yang berjalan dengan melenggak - lenggok berusaha menarik perhatian, rambut kepala mereka seperti bonggol unta berleher panjang dan condong (unta khurasan berbonggol satu - al bakht). mereka Tidak akan Masuk ke syurga, sedangkan wangi syurga itu akan dapat dicium dalam jarak yang sangat jauh - dalam satu riwayat dalam jarak lima ratus tahun. (HR.Muslim)
 
Syaikhul- islam Ibnu Taimiyah RA, dalam majmu 'al-fatwa 22146, mengatakan: "Sabda Rasulullah Saw: kasiyat arifat di tafsiri, bahawa wanita itu mengenakan pakaian yang tidak menutup auratnya. Ia memang berpakaian, namun pada hakikatnya ia tidak berpakaian. Seperti halnya wanita yang mengenakan pakaian nipis yang dapat menggambarkan kulitnya, atau pakaian ketat yang dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya. pinggulnya, lengannnya dan sebagainya, sebagai contoh. pakaian wanita semestinya adalah yang menutup dirinya, tidak menampakkan tubuhnya maupun bentuk bahagian-bahagiannya. pakaian harus tebal dan lebar. "

Hal ini kerana di antara maksud di wajibkannya wanita muslimah untuk berjilbab adalah selain menjalankan perintah Allah SWT, juga agar tidak timbul (godaan) dari pihak laki-laki, maka hendaknya fesyen itu tidak ketat membentuk bahagian-bahagian tubuh. (Reportaseterkini)
Tag : agama


0 Komentar untuk "Wajib Baca : Tidak Akan Masuk Syurga Wanita Bertudung Tetapi Berpakaian Ketat "

Back To Top