Suri Rumah Trauma Bangla Hantar Tong Gas Lama Tak Dapat Ajak Main

Para wanita suri rumah diminta lebih berhati-hati apabila memesan apa-apa yang memerlukan orang lain menghantar barangan yang dibeli ke rumah kerana ia membuka ruang kepada orang tidak diingini melakukan jenayah.

Seorang wanita berkongsi kejadian, penghantar tong gas dari Bangladesh cuba meminta untuk mengadakan hubungan terlarang sebelum ditolak oleh wanita berkenaan dan menghalau lelaki berkenaan keluar.

Wanita itu berkata, lelaki itu cuba melengahkan masa untuk keluar dari rumah berkenaan dengan meminta kebenaran memakai tandas dan juga meminta air untuk diminum.


    “Ada air ka saya mahu minum,” kata Bangla.

    “Rumah saya tak ada air, habis, tak masak air lagi,” jawab wanita berkenaan.


Sepanjang kejadian, wanita itu berdiri berhampiran pintu rumahnya kerana sudah berasa kurang selesa dan curiga dengan tindakan lelaki Bangladesh itu.

Lelaki itu kemudian cuba mengajak wanita itu untuk bersama-sama lakukan perbuatan sumbang.

    “Saya punya perempuan sudah lari, boleh saya try u satu kali saja,” kata Bangla itu sambil mata dan jari dia menunjukkan ke bahagian bawah wanita itu.

Wanita itu kemudian memberi amaran akan membuat laporan polis kerana suaminya merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Tag : semasa


1 Komentar untuk "Suri Rumah Trauma Bangla Hantar Tong Gas Lama Tak Dapat Ajak Main"

Okay, ni memang scary.. Kaum hawa mmg perlu berhati2 skrg. Kalau boleh tong gas tu suruh tinggal depan pintu je. Nnti suruh husband balik keje tolong angkat bwk gi dapur. Mmg kena lebih berhati2 sekarang. Anyways, Jemput dtg blog i, tips and info untuk kekal slim.

>>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<

Back To Top