Sekiranya YA, pastikan anda mengetahui tentang beberapa adab kemungkinan anda terlupa dan anda terlepas pandang. Tidak salah untuk membuat dan mengadakan majlis tersebut terutama untuk anak kesayangan dan si comel anda tetapi anda perlu peka dan mengambil berat adab-adab yang sesuaian.
ADAB Untuk Membuat Majlis Hari Jadi Anak Menurut Pandangan Islam
Penulis akan kongsikan beberapa adab yang boleh dikongsikan bersama-sama.
Bersederhana – Pastikan majlis tersebut disambut dalam keadaan sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Elakkan pembaziran ketika membuat majlis tersebut. Sama ada dari segi makanan, hiasan dan kos sambutan.
Tidak meninggalkan solat fardhu – Ketika majlis tersebut berlangsung, pastikan anda dan tetamu tidak lupa untuk melaksanakan solat fardhu. Tiada alasan untuk meninggalkan solat fardhu. Sekiranya sudah masuk waktu untuk solat, anda boleh memberitahu tetamu sudah masuk waktu untuk solat. Anda boleh menyediakan ruang solat untuk tetamu untuk memudahkan tetamu untuk menunaikan solat fardhu tersebut.
Tiada unsur maksiat – Maksiat? Tidak mempunyai unsur-unsur hiburan yang melampaui batas dan berlebihan.
Batasan aurat – Pastikan batasan aurat antara tetamu-tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Tidak meniup lilin – Mungkin anda sedar sebenarnya meniup lilin pada kek sebenarnya bukan amalan umat Islam. Amalan meniup lilin pada kek merupakan menyerupai kaum Majusi yang menyembah api.
Rasulullah bersabda “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia dikira daripada kaum tersebut.” (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban).
Jamuan makan – Jamuan makan untuk majlis tersebut anda boleh raikan dan kongsikannya bersama-sama fakir miskin. Secara tidak langsung, kegembiraan tersebut turut boleh dirai bersama-sama dengan golongan yang susah.
Allah Selamatkan Kamu – Anda boleh menukarkan ucapan dari “Selamat Hari Jadi” kepada “Allah Selamatkan Kamu”. Antara ucapan yang terbaikkan.
Penyediaan hidangan makanan dan minuman – Pastikan penyediaan makanan dan minuman yang dihidangkan yang bersih dan halal walaupun ada jemputan untuk yang bukan Islam.
Tag :
agama
0 Komentar untuk "7 Perkara Yang Anda Patut Buat Ketika Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Anak"