Desak Mahathir Keluar UMNO, Netizen Suruh Azlina Belajar Pakai Coli Dahulu

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jika Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak suka dengan pucuk pimpinan, dia boleh keluar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ahli-ahli UMNO yang ‘membantu pembangkang’ setiap kali mereka membuka mulut, mereka hanya perlu meninggalkan parti. Malah, perkara itu terpakai kepada mana-mana anggota UMNO, tidak kira kedudukan mereka.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Tun Dr Mahahtir Mohamad dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azalina berkata ia terpakai kepada sesiapa sahaja dalam parti.

“Ia terpakai kepada sesiapa. Sebagai ahli parti, kita mesti setia kepada parti. Semuanya sudah dijelaskan berkaitan isu 1MDB dan isu RM2.6 bilion. Kita seharusnya tidak memberi kekuatan kepada pembangkang.

“Saya tidak faham mengapa mereka masih dalam parti jika setiap kali mereka membuka mulut, akan memberikan kekuatan kepada pembangkang. Jika mereka rasa tidak suka, mereka boleh keluar dari parti,” kata Ahli Parlimen Pengerang itu di luar Dewan Merdeka di Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Beliau menggesa individu-individu yang terlibat untuk menyertai pembangkang atau menjadi calon bebas dalam pemilihan parti akan datang.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib, telah membidas pengkritiknya menerusi ucapan dasar pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan parti Khamis lalu, sekali gus mengatakan bahawa ia adalah penting bagi ahli parti itu menanamkan sifat kesetiaan mereka kepada pucuk pimpinan. – SuaraTV

berang dengan sikap Azlina kaki penjilat Najib seorang Netizen suruh Azlina belajar pakai coli dahulu 

Tag : politik

2 Komentar untuk "Desak Mahathir Keluar UMNO, Netizen Suruh Azlina Belajar Pakai Coli Dahulu"

Kalau Mana2 ahli UMNO setia pada parti tetapi Pemimpin Corrupt, mestikah ahli2 ikut saja mcm setianya Hang Tuah,atau berdiri kerana benar seperti Hang Jebat.Patut siasat dan tukar pemimpin untuk pulihkan parti! apa kuasa menteri untuk desak keluar dari jadi ahli? Ini bukan negara komunis! Masing2 patut diberi peluang bercakap! Kalau kata2 manis sahaja keluar pada kaca T.V. ini adalah berat sebelah!!!

Back To Top