‘Najib tak perlu letak jawatan, itu amanah Allah’ #PAU2015
Jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri yang disandang tidak perlu dilepaskan kerana ianya merupakan amanah dari Allah, kata Perwakilan Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya kepada Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Fathul, Khalifah Uthman ibni Affan dikatakan pernah berhadapan dengan situasi desakan untuk melepaskan jawatan selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskannya atas sebab patuh kepada agama.
“Uthman bin Affan ketika mana dipaksa meletakkan jawatan, dia kata aku tak boleh letak, kenapa? Dia bacakan hadis Nabi Muhammad S.A.W tentangnya, katanya: Wahai Osman, sekiranya ada golongan suatu ketika nanti akan memintamu menanggalkan pakaianmu yang Allah pakaikan untukmu, maka jangan sekali-kali kamu lepaskan.
“Ini bukan soal pemimpin nak kena tukar, nak kena itu nak kena ini. Ini soal nasihat dan perintah agama kepada kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan ucapan dasar Presiden Umno di dalam Perhimpunan Agung Umno 2015.
susulan itu menerusi page Raja Mohd Shahrim telah kongsikan video ustaz ini telah membaca hadis berkaitan sesiapa yang menyokong pemimpin zalim kepada rakyat mereka bukanlah daripada umat Muhammad. Sekali gus membidas kenyataan Ustaz UMNO Fathul Bari
saksikan video dibawah
Clip ni untuk membalas kenyataan Al ustaz UMNO Fathul Bari...di #PAU2015..‘Najib tak perlu letak jawatan, itu amanah Allah’ #PAU2015Jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri yang disandang tidak perlu dilepaskan kerana ianya merupakan amanah dari Allah, kata Perwakilan Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya kepada Datuk Seri Najib Razak.Menurut Fathul, Khalifah Uthman ibni Affan dikatakan pernah berhadapan dengan situasi desakan untuk melepaskan jawatan selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskannya atas sebab patuh kepada agama.“Uthman bin Affan ketika mana dipaksa meletakkan jawatan, dia kata aku tak boleh letak, kenapa? Dia bacakan hadis Nabi Muhammad S.A.W tentangnya, katanya: Wahai Osman, sekiranya ada golongan suatu ketika nanti akan memintamu menanggalkan pakaianmu yang Allah pakaikan untukmu, maka jangan sekali-kali kamu lepaskan.“Ini bukan soal pemimpin nak kena tukar, nak kena itu nak kena ini. Ini soal nasihat dan perintah agama kepada kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan ucapan dasar Presiden Umno di dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini
Posted by Raja Mohd Shahrim on Thursday, December 10, 2015
Tag :
agama
0 Komentar untuk "Video Petikan Hadis : Sesiapa Yang Menyokong Pemimpin Yang Zalim Kepada Rakyat Nabi Tidak Mengaku Umat"