Poonam (bukan nama sebenar) berusia 15 tahun diculik ketika dalam perjalanan untuk membeli kad prabayar pada November 22, sekitar jam 5 petang waktu tempatan.
Dia dibawa ke sebuah rumah ladang terpencil yang terletak di perkampungan Salempur Gurjar.
Tiga suspek, dua daripada mereka dipercayai bawah umur mengurung remaja berkenaan selama dua minggu dan merogolnya setiap kali mereka membawa makanan kepadanya, kata remaja berkenaan kepada polis.
Selepas dua minggu dikurung, suspek berkenaan memberitahunya akan membebaskan dan dia dibawa menaiki sebuah kereta.
Poonam cuba untuk melarikan diri ketika suspek berhenti untuk minum air, namun cubaannya gagal dan dia ditembak sebanyak dua kali di bahagian dada.
Suspek yang menyangka gadis berkenaan telah mati, kemudian bertindak membuangnya ke dalam sebuah telaga kering di perkampungan Tughalpur.
Seorang penduduk kampung berkenaan, Babbal Bhati menyelamatkan gadis berkenaan selepas terdengar jeritan meminta tolong.
Babbal Bhati memberitahu Times of India, gadis berkenaan dijumpai dalam keadaan berdarah dan menangis ketika dia menyelamatkan mangsa menggunakan tali.
Dia dibawa ke sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Menurut polis Greater Noida, Laxmi Chauhan, mangsa menceritakan kejadian sebenar selepas tersedar dari koma dan ketiga-tiga suspek berjaya ditahan pihak polis.
"Mangsa ditembak dari jarak dekat namun peluru berkenaan bagaimanapun tidak terkena organ pentingnya,' katanya.[SH]
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Gadis Diculik DIR0G0L Bergilir-gilir Dan Ditembak Serta Dibuang Dalam Telaga"