Sharul Nizam Ab Rahim, presiden Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan yang baru-baru ini dipuji ramai kerana menyelamatkan seekor anjing tiga bulan lepas, mencoretkan ugutan beliau di laman Facebooknya.
“Aku on the way ke rumah Nur Farida G25. Aku akan masuk ikut bilik. Once aku dah atas katil, mohon sapa-sapa roger Pegawai Penyiasat Agama.
“Kalau kesiankan aku, roger esok malam la. At least, aku boleh try dia dulu malam ni,” kata beliau, sambil menggunakan emoji Facebook “rasa seronok”.
“Dia mintak hapus Enakmen Jenayah Syariah Khalwat juga — Tidak menghormati Undang2 Agama di setiap negeri. Khalwat adalah salah satu kepercayaan dalam Agama Islam dan telah menjadi undang2 Agama di semua negeri di Malaysia.
“Dia boleh buat ramai umat Islam — Marah. So, aku juga boleh buat orang lain marah,” tambah beliau dalam ruangan komen coretan itu, sambil menggelar Noor Farida “G-String saiz 25”, merujuk kepada nama kumpulan itu.
Namun, rata-rata pengguna yang meninggalkan komen di catatan Sharul Nizam bukan sahaja bersetuju dengan beliau, malah menggalakkan ugutan itu dengan alasan “sarkasme” dan “hak asasi”.
Pada Ahad, kumpulan bekas penjawat awam G25 mengumumkan sebuah jawatankuasa rundingan khas bagi mengkaji semula perlaksanaan undang-undang syariah negara ini yang dilihat jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, jawatankuasa tersebut berperanan untuk membuat sebarang perbincangan termasuklah meminda atau memansuhkan undang-undang syariah yang melanggari privasi individu, termasuklah perbuatan membabitkan hukuman khalwat.
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Bertekad Ini Pecah Masuk Rumah Datuk Noor Farida Dan Merogolnya "