Mengapa Anak Cina Lebih Pandai Dari Melayu? Berikut Perkongsian Seorang Guru Yang Membuatkan Pelajar Melayu Sentap

Ini merupakan status yang dikongsi oleh seorang guru di laman sosial. Dia menceritakan tentang pertanyaan seorang pelajarnya, yang seolah-olah mempertikai mengapa pelajar berbangsa Cina lebih ramai yang berjaya?

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/10/170448p8daqo2m2i2ost2q.jpg

Sebagai seorang guru, lelaki ini membuat perbandingan dari segi atau pun 'attitude' yang seharusnya ada bukan sahaja pada pelajar Cina, namun semua orang untuk menjadi lebih baik dan cemerlang.

"Tengok member Cina awak. Dia tak pakai smartphone, dia tak bawah starbucks. Tapi dia sanggup bayar mahal tuition small group sebab ibu bapanya pentingkan pelajaran."

"Dia buat latihan sementara tunggu saya (guru) masuk kelas, awak main game di lobby.."

Itu merupakan permulaan bagi perbandingan sikap yang diberikan oleh guru ini. Bukan bermaksud menjatuhkan, menghina atau mengutuk, sebaliknya menyatakan cara lebih baik untuk menjadi seorang yang hebat.

Guru ini juga berkata dia tidak bermaksud menjadi seorang yang rasis, kerana memberi perbandingan antara Melayu dan Cina. Sebaliknya perbualan ini benar-benar berlaku antara dia dan pelajarnya. Sudah pasti, sebagai seorang guru, dia ingin melihat pelajarnya lebih berjaya.

Ini mungkin cara yang baik untuk menyuntik 'motivasi' kepada seorang pelajar agar mempelajari sikap dan kehebatan orang lain untuk meningkatkan diri.

Seperti biasa, banyak komen berbeza daripada netizen, sama ada yang bersetuju mahupun sebaliknya.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/10/170201jfv0vd10q1plmozl.jpg

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/10/170209m97uuvu7htgvcyer.jpg

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/10/170314ik75k75ugid4mvwc.jpg

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/10/170322k8y2281c2jejejeh.jpg

Walau apa pun, status ini dibuat untuk tujuan yang baik. Pertelagahan atau pun perbezaan pendapat bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Bagi anda yang bergelar seorang guru, jangan berhenti dan berputus asa menyuntik inspirasi buat pelajar anda. Penulis percaya, suatu hari nanti, pelajar ini akan berterima kasih kepada anda. - CARI Infonet
Tag : kisah


0 Komentar untuk "Mengapa Anak Cina Lebih Pandai Dari Melayu? Berikut Perkongsian Seorang Guru Yang Membuatkan Pelajar Melayu Sentap"

Back To Top