‘Mak tak cukup duit nak beli tudung baru kak’ – Kisah realiti seorang ibu di musim masuk sekolah

Pergi cari barang di satu pasar raya yang jual pakaian di bandar. Ternampak seorang kakak dengan empat orang anaknya sedang memilih kasut sekolah.

Mereka memilih kasut sekolah yang dijual dalam longgokan dalam raga di kaki lima pasar raya itu. Siap duduk bersila lagi. 'Mak tak cukup duit nak beli tudung baru kak' - Kisah realiti seorang ibu di musim masuk sekolah

‘Mak tak cukup duit nak beli tudung baru kak’ – Kisah realiti seorang ibu di musim masuk sekolahTengok harga sepasang kasut di kertas A4 yang ditampal, RM4 sepasang.

Warna kasut pun dah tak putih, kelihatan kuning. Tetapi anak-anaknya kelihatan gembira sangat memilih kasut sekolah itu sambil cuba memakainya di kaki.

Riuh mulut kakak itu menyuruh anak-anaknya mencuba kasut itu betul-betul, bimbang salah saiz, nanti tak muat. Selepas itu, dia suruh anak sulungnya kira berapa harga bagi empat pasang kasut itu sebelum pergi membayar di kaunter. “RM24 untuk empat pasang ibu,” katanya.

Kakak itu mengeluarkan wang dari kocek seluarnya. Duit seringgit-seringgit dengan sekeping wang kertas RM5. Kira sekeping-sekeping hingga cukup RM24 dan diberi pada anak sulung untuk pergi bayar. Selepas itu, anak yang nombor dua minta belikan tudung baru sekolah. Katanya, tudung sekolah dia dah koyak sikit.

“Mak tak cukup duit kak. Nanti mak jahitkan tudung kakak tu ye?” katanya dengan lembut memujuk gadis itu memahami situasinya.

“Tak apalah mak,” balas gadis itu sambil tersenyum. Ya Allah, tanpa disedari air mata saya mengalir di situ jua. Mana bantuan persekolahan untuk anak-anak orang susah seperti ini?

Tiap-tipa tahun tengok orang yang berkereta tebus baucar barangan persekolahan. Mana pergi hak yang sepatutnya mereka dapat? – Tiada Nama Ditulis semula untuk siaran.
Tag : semasa


0 Komentar untuk " ‘Mak tak cukup duit nak beli tudung baru kak’ – Kisah realiti seorang ibu di musim masuk sekolah"

Back To Top