Cara Menangani Anak Kecil Yang Suka Buat Perangai Depan Orang Ramai

Menangis di hadapan orang ramai, memberontak, menjerit, dan macam-macam lagi. Pernah atau tidak anak kecil anda berperangai seperti begitu? Sebenarnya terdapat pelbagai situasi dan macam-macam ragam anak kecil yang akan dihadapi oleh ibu bapa ketika mereka semakin membesar.

Situasi dan ragam tersebut memang sinonim dengan anak kecil. Berbeza antara bayi dengan anak kecil anda ketika mereka mahu meluahkan perasaan. Sekiranya bayi anda lapar, bayi anda akan menangis. Anak kecil anda ada yang meluahkan perasaan mereka dengan cara menangis, memberontak, menjerit  dan pelbagai cara lagi.


Punca Anak Kecil Buat Perangai

Terdapat beberapa sebab (ringkas) kenapa anak kecil anda membuat perangai. Antaranya:

Sedih – Perasaan sedih apabila ditinggalkan dan tidak dapat ikut kakak atau abangnya pergi bermain-main bersama-sama rakannya.


Sakit – Anak kecil akan menangis apabila mereka sakit seperti jatuh di taman permainan.

Dimarahi – Anak kecil akan membuat perangai apabila mereka dimarahi. Contohnya anak kecil anda telah membuat sepah dengan barang-barang permainannya dan tidak mengemaskannya semula.

Permintaannya tidak dipenuhi – Apabila kita keluar untuk membeli barang keperluan sama ada di kedai-kedai atau di pusat membeli belah, kadang-kala anak kecil akan meminta untuk menunaikan permintaannya, tetapi kita tidak mengendahkan permintaannya. Mereka akan membuat perangai seperti menangis supaya permintaan mereka dipenuhi.

*Kadang-kala suruh membeli barang permainan yang sama*

Cara Menangani Anak Kecil Yang Suka Buat Perangai

Ketahui punca – Anda hendaklah bertanyakan dan ketahui punca sekiranya anak kecil anda membuat perangai. Mungkin anak kecil anda tidak selesa dengan tempat yang anda pergi atau dengan seseorang yang anak kecil anda tidak kenal.

Persediaan awal – Sekiranya anda ingin keluar membeli belah, pastikan anak kecil anda sudah kenyang dan puas dengan tidurnya. Selalunya anak kecil akan meragam dan membuat perangai dalam keadaan lapar dan diganggu waktu tidurnya.

Snek sihat – Anda boleh membawa snek kegemaran anak kecil anda di dalam beg ketika anda keluar bersama-samanya.

Pujian positif – Sentiasa memberikan pujian yang positif untuk anak kecil anda sekiranya anak kecil anda sentiasa menunjukkan perangai yang baik dan merangsangkan.

Bersabar – “Bersabar ya sayang”. Ajar anak kecil anda untuk bersabar sekiranya mahukan sesuatu.

Jangan pukul, herdik atau marah – JANGAN!!! Jangan pukul, herdik dan marah anak kecil anda di depan orang ramai atau tempat awam. Cara yang memang tidak bijak. Sebaliknya, pujuk dan buat tawaran lain. Anda tawarkan permainan lain atau aktiviti lain untuk anak kecil anda. Sekiranya anda pukul anak kecil anda, ia akan meninggalkan parut emosional kepada anak kecil anda.

Tetapkan pendirian – Sekiranya anak kecil anda menangis kerana mahukan sesuatu, jangan mudah mengalah. Anda tetapkan pendirian anda dan sekiranya anak kecil anda tahu anda tidak menghiraukan permintaannya, dia akan berhenti menangis dengan sendirinya.



credit: http://tokeinfo.com
Tag : perkahwinan


0 Komentar untuk " Cara Menangani Anak Kecil Yang Suka Buat Perangai Depan Orang Ramai"

Back To Top