Soalan atheis itu adalah:
1. Siapa yang menciptakan Allah ?? Bukankah semua yang ada di dunia ada kerana ada penciptanya ?? Bagaimana mungkin Allah ada jika tidak ada penciptanya ??
2. Bagaimana caranya manusia boleh makan dan minum tanpa buang air ?? Bukankah itu janji Allah di Syurga ?? Jangan pakai dalil, tapi pakai akal ....
3. Ini soalan ketiga, kalau iblis itu terbuat dari Api, lalu bagaimana dapat Allah menyeksanya di dalam neraka ?? Bukankah neraka juga daripada api ??
Tidak ada satupun jamaah yang boleh menjawab, kecuali seorang pemuda.
Pemuda itu menjawab satu per satu soalan atheis tersebut:
1. Apakah engkau tahu, dari angka berapakah angka 1 itu berasal ?? Sebagaimana angka 2 adalah 1 + 1 atau 4 adalah 2 + 2 ?? Atheis itu diam membisu ..
"Jika kamu tahu bahawa 1 itu adalah bilangan tunggal. Dia dapat mencipta angka lain, tapi dia tidak tercipta dari angka apapun, lalu apa kesulitanmu memahami bahawa Allah itu Zat Maha Tunggal yg Maha mencipta tapi tidak dapat dicipta ??"
2. Saya ingin bertanya kepadamu, apakah kita ketika dalam perut ibu kita semua makan? Apakah kita juga minum? Kalau memang kita makan dan minum, lalu bagaimana kita buang air ketika dalam perut ibu kita dulu ?? Jika anda dulu percaya bahawa kita dulu makan dan minum di perut ibu kita dan kita tidak buang air didalamnya, lalu apa kesulitanmu mempercayai bahawa di Syurga kita akan makan dan minum juga tanpa buang air ??
3. Pemuda itu menampar atheis dengan kuat. Sampai ateis marah dan kesakitan. Sambil memegang pipinya, atheis-pun marah-marah kepada pemuda itu, tapi pemuda itu menjawab: "Tangan saya ini terlapisi kulit, tanganku ini dari tanah..dan pipi anda juga terbuat dari kulit dari tanah juga..lalu jika keduanya dari kulit dan tanah , bagaimana anda dapat kesakitan ketika saya tampar ?? Bukankah keduanya juga tercipta dari bahan yang sama, sebagaimana Syaitan dan Api neraka ??
athies itu k terdiam ...
Sahabat, pemuda tadi memberikan pelajaran kepada kita bahawa tidak semua soalan yang terkesan mencela / merendahkan agama kita harus kita hadapi dengan kekerasan. Dia menjawab soalan atheis dengan bijak dan bernas, sehingga atheis tidak mampu berkata-kata lagi atas pertanyaannya ..
Itulah pemuda yang Islami, pemuda yang berbudi tinggi, berpengetahuan luas, berfikiran bebas ... tapi tidak liberal ... tetap terbingkai manis dalam indahnya Aqidah ...
Ada yang berkata bahawa pemuda itu adalah Imam Abu Hanifah muda. Rahimahullahu Ta'ala ...
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat silalah share di wall facebook anda terima kasih.Jika anda inginkan info2 menarik sila LIKE page dibawah
Tag :
agama
0 Komentar untuk " Terkejut! Siapa Yang Menciptakan Allah ? Pemuda Ini Beri Jawapan Yang Bakal Mengejutkan Semua Orang "