Menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Rayani Air menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Bharu, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.
Rayani Air menetapkan sasaran 10 tahun untuk mewujudkan rangkaian bagi memanfaatkan pasaran umrah dan haji.
Pengarah Urusannya, Jaafar Zamhari berkata, untuk permulaan, syarikat penerbangan itu yang baharu sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam untuk beroperasi, mengambil 'langkah kecil' untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah undang-undang Islam dalam operasi mereka sebelum melaksanakan lebih banyak rancangan dalam beberapa tahun akan datang.
"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam memperkemaskan langkah kami dari semasa ke semasa dan hasrat utama kami adalah memanfaatkan pasaran (umrah dan haji)," katanya kepada pemberita selepas tiba dengan penerbangan sulung Rayani Air dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di Langkawi, hari ini.
Katanya Rayani Air telah memperoleh dua buah pesawat Boeing 737-400 untuk menawarkan perkhidmatan di KLIA2 di Kuala Lumpur dan Kota Baharu (Kelantan) dengan LIA sebagai hab operasi mereka, sebelum Kuching dan Kota Kinabalu pada tahun depan.
"Harapan kami keputusan menjadikan Langkawi sebagai hab operasi akan menyumbang ke arah menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan iaitu pelancong akan datang ke sini dahulu sebelum ke destinasi pelancongan lain di negara ini," katanya.
Syarikat penerbangan itu turut merancang untuk menambah dua buah lagi pesawat Boeing 737-400 dan dua 737-800 dalam kumpulan pesawat mereka menjelang 2017 sebagai langkah untuk meningkatkan laluan domestik dan kekerapan penerbangan.-sinar
mungkin dikalangan anda telah mengetahui atau masih belum mengetahui bahawa CEO Rayani adalah seoarang lelaki berbangsa India iaitu Ravi Alagendrran
penerbangan patuh syariah pertama di dunia Rayani Air, pemegang saham terbesarnya ialah Ravi Alagendrran (CEO Rayani Air) dan Datuk Karthiyani Govindan (isterinya). Dari situlah dapat nama Ra + yani.
Namun masih ada yang tidak berpuas hati dengan mengatakan
Senang untuk mengaku patuh syariah di dalam dunia Melayu hari ini. Tak hidang arak, pakai tudung dan baca doa dah cukup untuk patuh syariah. Sempitnya pemikiran.
Admin ambil petikan ini dari FB Syed Azidi Aziz.
Cuba anda lihat siapa yang cuba naikkan imej islam siapa pula yang cuba jatuhkan imej islam? semoga kita support Rayani Air semoga dengan servis yang menutup aurat dan tidak menjamu arak dalam pesawat ini dalam pujian dunia sekali gus menaikkan imej islam Malaysia dimata dunia
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Rayani Air Berikut Perkara Yang Anda Patut Tahu"