Harga Tiket KTM Dah Mahal, Tapi Service Lembab!!! Luahan Netizen

BULAN Disember ini menyaksikan kenaikan harga tambang bagi pengangkutan awam seperti monorel, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM).

Sejak pelaksanaan kadar tambang baharu ini, boleh dikatakan ada sahaja luahan dan komen-komen negatif yang dilemparkan netizen di laman sosial.

Rata-rata menyifatkan kenaikan tambang itu membebankan, namun kenaikan tambang dilaporkan terpaksa dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan kos termasuk dari segi penyelenggaraan.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nieta Shairi meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sistem perkhidmatan KTM yang disifatkan tidak cekap dan lembab.

http://i2.wp.com/www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/12/15.png

Jelasnya, dia tidak kisah untuk membayar mahal namun perlulah seiring dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

“Wahai KTM Berhad,

Kalau rasa tak mampu nak upgrade Touch&Go machine, jangan galakkan passenger pakai Touch&Go. Kalau rasa malas nak upgrade system perjalanan, jangan naikkan harga tambang.

Option awak utk passenger, kalau pakai Touch&Go, harga ticket lebih murah berbanding beli ticket di kaunter. Obviously akan pilih yang lebih murah kan? Tapi kenapa tak tambahkan machine Touch&Go? Bila nak beli ticket, 1 kaunter je bukak, kaunter lain tutup. Apa function kaunter yang tutup tu di waktu kemuncak?

Awak naikkan harga bukan calang-calang. Sampai 100%! Kalau service awak tip top mcm Rapid, saya tak kisah bayar mahal. Tapi service awak lembab mengalahkan kura-kura berlumba dengan arnab dalam cerita kanak-kanak.

Page official FB awak pun last update 2012. Dalam website awak takde satu pun option untuk passenger complaint service awak. Takut la tuuu sebab mmg tau banyak complaint kan kan kan???

Nak naikkan harga perkhidmatan, awak tingkatkan la dulu kecekapan perkhidmatan awak tu. Barulah passenger tak merungut bayar mahal. Barulah rasa berbaloi bayar mahal.

Saya tak marah tapi kecewa dengan service awak. Asyik delay je. Problem itu problem ini. Pang nak???

Sekian luahan hati penumpang dari tambang harga RM5.60 kepada RM7.20 sehari untuk perjalananan 8 stesen yg memakan masa 30min – 1jam,” tulisnya.

Harap pihak KTM mengambil berat luahan seperti ini dan melakukan penambaikan kerana pengguna memang berhak menyatakan rasa tidak puas hati mereka jika berasakan mutu perkhidmatan tidak setimpal dengan bayaran yang telah dikeluarkan. – MYNEWSHUB.CC
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Harga Tiket KTM Dah Mahal, Tapi Service Lembab!!! Luahan Netizen"

Back To Top