gambar hiasan
Perhatian kepada Polis Diraja Malaysia.
Tadi ada sorang likers baru je inbox Amran mengadu pasal masalah dia. Dia ni ibu tunggal. Diceraikan sewaktu mengandung anak kedua. Disebabkan kesempitan hidup selepas tiada tempat bergantung, dia terpaksa membuat pinjaman dari Ah Long sebanyak rm3000.. Rm3000 tu digunakan untuk menanggung kos ketika bersalin dan jugak menyara adik-beradik yang berada di kampung..
Tapi semakin hari Ah Long tu semakin mengganas sehingga mengenakan bunga sebanyak rm900 untuk 5 hari.. Bunga saja rm900 tau ?. Sekali lagi Amran ulang, BUNGA saja.
Kalau lepas 5 hari tak bayar jugak, dia dikenakan cas sebanyak rm2000.. Hasilnya hutang dia meningkat jadi rm19000.. Padahal pinjam rm3000 je beb. Nampak tak bertapa bangsatnya apek ni pedajal pompuan melayu ?.
Angaran jumlah yang telah dibayar adalah rm7000.. kau bayangkanlah pinjam rm3000, dah bayar rm7000 n ada baki lagi rm19000 tak ke bangsat Ah Long ni..
Dan skarang apek ni mintak pompuan ni bayar sehari rm1000.. Kalau tak bayar, dia akan kacau family budak ni atau dia akan dipaksa MELACUR !.
Sehari rm1000 beb.. Mana nak cekau duit. Macam-macam kerja dia dah buat.. Tapi mustahil nak dapat rm1000 sehari yang macam diminta oleh AhLong tu.
Yang Amran geram, bila dia buat report polis, polis kata tak boleh buat apa. Dia kena bayar jugak kata polis. Polis cuma boleh lindung andai ada apa-apa ancaman kepada si peminjam.
Oh mungkin nak tunggu si peminjam ni dah jadi pelacur atau mayat jumpa dalam sungai baru polis nak ambik tindakkan kot..
Amran berharap sangat pihak polis masih berkuasa dinegara ini. Tak kan dengan Ah Long pun Polis tak boleh buat apa. Kesian lah dekat peminjam ni, hidup jadi tak tentu arah. Beliau anak sulung, nak menyara adik-adik dan dua orang anak..
Sekali lagi Amran merayu kepada PIHAK POLIS, NGO atau mana-mana parti Politik, bantu lah saudara kita ni selesaikan masalah dia.. Kita tak duduk kat tempat dia kita tak tau macam mana deritanya hidup..
Kalau pihak POLIS, PARTI POLITIK atau mana mana NGO kata tak boleh bantu jugak, Amran sendiri akan usaha untuk kumpul dana dari likers Amran Fans untuk selesaikan masalah budak ni.
Sebarang pertanyan dari pihak polis atau mana-mana pihak, boleh inbox kepada Amran terus.
CRedit AMRAN FANS
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Polis Tak Guna !! Nak Tunggu Ibu Tunggal Ini Di Lacurkan Dahulu Baru Nak Ambil Tindakan Ke? "