Menurut beliau, kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan bagi meringankan beban rakyat.
“Saya amat memahami isu kos sara hidup rakyat. Namun, perlu saya menerangkan punca sebenarnya mengapa sesetengah harga barang dan perkhidmatan naik,” katanya melalui catatan di blognya, hari ini.
Mutakhir ini, laporan-laporan media banyak mengangkat soal kos sara hidup hingga menyebabkan ramai yang terpaksa membuat dua kerja bagi menampung pendapatan.
Najib dalam kenyataan itu berkata, faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara akan menyebabkan pendapatan negara berkurangan.
“Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan. Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.
“Analoginya, sekiranya kita sebagai seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbataslah kebolehan dan kemampuan kita untuk berbelanja.Samalah dengan kerajaan, terbatas dalam kebolehan serta kemampuan apabila pendapatan negara berkurangan,” katanya.
Menurutnya lagi, susulan pendapatan negara berkurangan, para pelabur akan menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.
“Kesannya, nilai Ringgit kita menguncup menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal. Jika dilihat, trend Ringgit kita hampir selari dengan trend harga minyak.
“Namun, ada pihak yang cuba mengelirukan masyarakat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan kejatuhan Ringgit. Mereka cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran,” katanya.
- Sinar Harian
Tag :
semasa
1 Komentar untuk "Najib Berikan Penjelasan Mengapa Harga Barang Dan Perkhidmatan Naik Mendadak"
pak jib,,dlu negara penah alami kemerosotan ekonomi yg dasyat,,namun ianya masih lg dpat dikawal,,rakyat msih tidak berapa terbeban mcm skg...jd jln penyelesaian mudah disini adalah lebih baik anda meletak jawatan,,dan beri kepada yg lebih bijak pndai....satu jaa permintaan kmi,,mohon dngr suara rakyat..anda telah gagal,,jd sila dok rumah dan nikmati hasil rompakan anda bersama isteri dan ank2...fuckkk you...