Lubang Gergasi Muncul Secara Tiba-Tiba Dalam Kolam Ikan Dan Menelan 25 Tan Ikan Dalam Kolam Tersebut

Sebuah lubang gergasi atau sinkhole tiba-tiba muncul di kolam ikan milik petani dari  Baisha, Guangxi, di wilayah China Selatan. Sinkhole ini bahkan telah menelan 25 tan ikan milik petani bernama Yang.

Yang mengaku terkejut apabila mengetahui ikan-ikannya hilang dalam semalam. Pada masa menyiasat ternyata muncul sinkhole di kolam ikan miliknya.

"Saya pertama kali sedar tahap kedalaman air di kolam menurun secara drastik pada pukul 04:00 pagi," kata Yang. "Pada masa itu saya sedang memeriksanya."

"Kira-kira pukul 09:00, hampir sebahagian besar ikan saya telah mengalir ke dalam sinkhole," tambahnya. Sinkhole tersebut berdiameter 4 hingga 5 meter.

Yang mengaku sedih kerana rugi gara-gara munculnya sinkhole tersebut. "Seandainya ikan-ikan saya tumbuh sayap dan boleh terbang," katanya.

Di China fenomena sinkhole memang kerap berlaku. Berkaitan insiden ini, penduduk tempatan menyalahkan aktiviti perlombongan di sekitar tempat kejadian. Mereka berpendapat perlombongan itu mengakibatkan munculnya sinkhole di kolam ikan milik Yang.


Tag : PELIK


0 Komentar untuk "Lubang Gergasi Muncul Secara Tiba-Tiba Dalam Kolam Ikan Dan Menelan 25 Tan Ikan Dalam Kolam Tersebut"

Back To Top