Gambar Terakhir Sempat DIRAKAM & Punca Sebenar Pelakon Linda Helmi MAUT

Pelakon yg cukup popular di era 90an terutama dlm slot "Spektra" Linda Helmi (didalam gambar bertudung putih) telah kembali ke rahmatullah pada ptg tadi (21-June-2016 / 16 Ramadhan, 1437) kerana KEGAGALAN HATI.

Beliau terkenal dgn watak ibu tiri yg garang serta pernah memenangi anugerah pelakon pembantu tv Terbaik di anugerah Skrin 1996 : melalui drama "Ribuan Mimpi-mimpi"


Jenazah berada di No 596, Jalan Besar, Lubuk Merbau, 33010 Kuala Kangsar , Perak.

"Ya Allah, Ampunilah saudara kami Linda Helmi (Norlida bt Ahmad) naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya"


(Riwayat Imam Muslim)

Al-Fatehah (ayuh kita membacanya dgn ikhlas dan niatkan pahala bacaan ini buat Allahyarham)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCoe0qU3vHeDqoaDX0F1L6i8Q0-Mx2rLA-II324hVV9zib0qfCVNWrOiynM14lWHcUn6n-x4tBacebeJ0UOQkUVsptQDFxAq7QHgp97K6pswOxeMo3Kx2dMKsq6_ySLiGA7ueodJmGlSM6/s1600/121.jpg

KUALA LUMPUR: Pelakon drama era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak, kira-kira jam 4.30 petang tadi berikutan komplikasi hati.

Allahyarham atau nama sebenarnya Norlida Ahmad, dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-mimpi.

Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintanginya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen.

Namanya turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Pendekar, yang disiarkan selama tiga tahun berturut-turut di RTM.

Melengkapkan lagi portfolio, anak kelahiran Kuala Kangsar itu juga pernah merakamkan album bersama kumpulan The Rolling 60's pada tahun 1994.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu.

Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan esok.

Foto credit to Farisha Irwayu Ghali


sumber :http://www.datangbulanke.com

Tag : hiburan


0 Komentar untuk "Gambar Terakhir Sempat DIRAKAM & Punca Sebenar Pelakon Linda Helmi MAUT"

Back To Top