Detik Hitam Farahdhiya Nyaris Jadi Mangsa Pelacuran

SELEPAS hampir diperdaya oleh ejen pelacuran, pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengambil keputusan untuk melantik seorang pengurus bagi menguruskan kerjaya seninya.

Pemilik nama Farahdhiya Mohamed Amin berkata walaupun telah melantik pengurus, dia tetap berdepan masalah kerana kebanyakan penganjur mahu menemuinya secara peribadi sebelum menawarkan sesuatu persembahan.

“Selepas kes tersebut saya memang serahkan urusan kepada pengurus, namun dia (pengurus) juga berdepan masalah kerana penganjur ingin melihat saya dulu sebelum buat tawaran.”

Selain itu, ketika ditemui oleh mStar Online, Farahdhiya, 32; juga meluahkan kesulitan yang dialami oleh pengurusnya dalam memenuhi kehendak sesetengah pihak yang tampil dengan permintaan yang pelik-pelik.

“Permintaan orang pelik-pelik sehingga pengurus saya juga pening. Jika saya tiada program bolehlah saya datang secara profesional,” ujarnya.

Trauma Ditipu Ejen Pelacur, Farahdhiya Ada Cara...

Tambah pelantun Bertakhta Di Hati ini, selepas memenangi tempat kedua dalam program realiti Gegar Vaganza 2, kerjaya nyanyiannya semakin memdapat permintaan dan peluang itu diambil untuk memberi lebih tumpuan kepada bidang itu berbanding lakonan.

“Alhamdulillah tawaran mengadakan persembahan semakin banyak selepas program Gegar Vaganza 2 dan nama saya dikenali semula sebagai penyanyi.

“Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengutamakan kerjaya nyanyian terlebih dahulu. Jika ada tawaran berlakon saya terima dengan syarat mengikut jadual nyanyian saya dahulu,” jelasnya.

Perkembangan terbaru Farah, dia akan mengeluarkan single terbaharu selepas hari raya nanti berjudul Milikku Abadi ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Keon. – MYNEWSHUB.CC
Tag : hiburan


0 Komentar untuk "Detik Hitam Farahdhiya Nyaris Jadi Mangsa Pelacuran"

Back To Top