Tumbangkan UMNO, Muhyiddin Yassin Dan Mukhriz Mahathir Bakal Tubuhkan Parti baru

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak kemungkinan meneruskan karier politik mereka dengan parti baru.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, keputusan berkaitan platform mana menjadi pilihan mereka akan ditentukan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak dalam masa terdekat.

"Ramai buat tawaran tak rasmi untuk sertai parti sedia ada atau buat platform baru tetapi semua itu mesti diteliti secara mendalam.

"Ini keputusan yang sangat besar dalam sejarah hidup kami," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Jumaat lalu, kedua-dua pemimpin terbabit dipecat daripada UMNO selepas didapati bersalah menentang kepimpinan parti menggunakan pentas pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahlian sehingga selesai siasatan Lembaga Disiplin.


Tag : semasa


0 Komentar untuk "Tumbangkan UMNO, Muhyiddin Yassin Dan Mukhriz Mahathir Bakal Tubuhkan Parti baru"

Back To Top