Gambar Wanita Tampal Kondom Di muka Dan Payudara Untuk Lariskan Jualan

SEKUMPULAN wanita warga China menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penumpang sebuah gerabak tren di negara itu, gara-gara menampal kondom pada wajah mereka.

Seorang pengguna media sosial yang berada di tempat kejadian merakam foto-foto wanita berpakaian seksi dan menampal kondom pada dahi, lengan dan dada mereka.

Wanita Tampal Kondom Pada Wajah Dikecam Netizen


Menurut laporan Mashable, aksi tersebut merupakan salah satu strategi pemasaran sebuah syarikat pengeluar kondom iaitu Da Xiang bagi mempromosikan kondom terbaharu keluaran mereka.

Sebelum ini foto-foto beberapa wanita sedang membuka bungkusan kondom turut dimuat naik oleh syarikat itu pada 6 Jun lalu.


Wanita Tampal Kondom Pada Wajah Dikecam Netizen


Da Xiang mendakwa pelincir yang terdapat pada kondom baharu mereka baik untuk kulit muka.

Walau bagaimanapun, kaedah publisiti yang dilakukan itu ternyata mendapat kritikan netizen kerana dianggap murahan.

Seorang pengguna Weibo menyifatkannya sebagai ‘dah hilang akal’ dan ramai lagi yang lain menganggapnya satu strategi pemasaran yang teruk. – MYNEWSHUB.CC
Tag : PELIK


0 Komentar untuk "Gambar Wanita Tampal Kondom Di muka Dan Payudara Untuk Lariskan Jualan"

Back To Top