Bawa Dan Bela Gelandangan Balik Rumah, Suami Menyesal Seumur Hidup Isteri Lari Ikut Gelandangan

 gambar hiasan

Seorang bapa kepada lima orang anak tidak menyangka tindakannya membawa pulang seorang gadis gelandangan berusia 17 tahun ke rumahnya telah menyebabkan perkahwinannya musnah.

Wayne, 39, membawa pulang Tamsin Beezer yang bekerja bersama isterinya, Sarah, 38, di sebuah pusat jagaan selepas gadis itu menghubunginya sambil menangis bahawa dia tidak mempunyai tempat tinggal.

Rupa-rupanya kebaikan Wayne menerima gadis itu ke rumahnya merupakan kesilapan terbesar yang dialaminya apabila Tamsin dan Sarah kemudiannya jatuh cinta.

sarah and tamsin

sarah and tamsin

Sarah dan Tamsin telah meninggalkan rumah berkenaan dan kini mereka berdua telah bertunang.

Sementara Wayne, yang berasal dari Bristol hanya mengetahui mengenai isterinya yang dikahwini selama 14 tahun itu mempunyai hubungan dengan Tamsin selepas Sarah menukar status di dalam Facebooknya.

“Saya sangkakan saya melakukan yang terbaik dengan membantu gadis itu tetapi tidak sangka, isteri saya sanggup meninggalkan keluarga demi gadis berkenaan.

“Anak-anak terkejut dan saya sendiri tidak menyangka Sarah mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis,’’ katanya.

Jelas Wayne, Tamsin dilayan seperti keluarga sendiri namun Sarah kemudiannya berperangai seperti remaja dan mula merokok semula. Mereka berdua juga mula menghabiskan masa bersama-sama dengan keluar minum .

Lelaki Kesal Bawa Pulang Gadis Gelandangan Yang Akhirnya...

Tamsin menetap bersama mereka selama sebulan apabila Wayne mendengar anak lelakinya bergaduh dengan ibunya sendiri dan menjerit bahawa Sarah tidak menyayanginya dan mahu keluar dari situ.

“Saya sangkakan ia hanya gurauan dan apabila saya tanya kepada Sarah, dia memberitahu bahawa dia mahu keluar dari rumah.

“Tidak lama kemudian selepas mereka keluar dari rumah, saya dihubungi Lucy memaklumkan bahawa ibunya telah menukar status dalam Facebook dan memberitahu bahawa dia mempunyai hubungan dengan Tamsin.

“Saya sangat terkejut kerana mana mungkin isteri saya mempunyai hubungan dengan perempuan dan perempuan itu lebih muda daripada anak saya Lucy,’’ katanya .

Walaupun anaknya menghantar mesej kepada ibunya untuk mengingatkan Sarah bahawa dia masih berkahwin dengan Wayne namun Sarah telah mengeluarkan anaknya daripada senarai rakan dalam Facebook.

Kini selepas setahun berlalu, Wayne dan anak-anaknya masih cuba memperbaiki semula kehidupan mereka.

Wayne juga menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anaknya dan mereka sekeluarga juga tidak lagi mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan Sarah.
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Bawa Dan Bela Gelandangan Balik Rumah, Suami Menyesal Seumur Hidup Isteri Lari Ikut Gelandangan"

Back To Top