BACKPACKERS DI MEKAH -Apa yg aku respect dengan india/pakistan & Bangladesh. Rata rata yang datang sini diorang xambik pakej hotel mewah




BACKPACKERS DI MEKAH

Suasana yang selalu boleh di lihat selepas waktu dhuha di masjid nabawi, madinah.

Apa yg aku respect dengan india/pakistan & Bangladesh. Rata rata yang datang sini diorang xambik pakej hotel mewah mewah 3star 5star.. mungkin faktor kemiskinan & nak berjimat.

Ramai yang datang dan ikhtikaf terus je di masjid, makanan iftar n bersahur selalu percuma je. Ramai orang2 kaya yg bermurah hati di madinah ni.. terlampau banyak. Nasi beriani ada. Capati ada n mcm2 la so bertambah jimat geng2 umrah backpack yang sebenar ni, tido free n makan pon free..


Datang tingal untuk beribadat je.. berapa hari da aku pusing2 try nk tengok ada team malaysia yg datang backpack tak tp xda rezeki nk berjumpa lagi kut. Tak da nampak lagi backpack malaysia yang tido ramai2 dalam masjid lagi.. kecuali yg aku tau sorang kawan aku di haram. Yg backpack tampa booking mana2 hotel. ( kalau ada sila rojer2, leh minum teh lepas teraweh)


Motif tulisan aku ni. Cuba nak menghasut golongan muda yang minat backpackers untuk buat persediaan kalau2 nak beraya di sini tahun depan..
Cari tiket flight/visa umrah/ duit poket n duit kecemasan..

Selebihnya semoga ALLAH permudahkan..


Ps: rasa2 kalau 15 hari ramadhan backpack dekat sini. xabis rm 4.5k all in tp Bergantung pada tiket flight. lagi murah tiket flight. Lagi jimat. nak detail lepas raya. tunggu kawan aku selesai umrah di mekah n dia datang madinah. Aku interview n listkan berapa total. Semoga ada pahala untuk aku di kemudian hari..


Dari jadi penghasut najib letak jawatan (memang najib tak letak jawatan punya) baik korang hasut. Golongan muda datang umrah backpack.. insyallah kalau tiket flight murah..lagi murah la belanja..
Perkongsian Idham Hanafi
Tag : agama


0 Komentar untuk "BACKPACKERS DI MEKAH -Apa yg aku respect dengan india/pakistan & Bangladesh. Rata rata yang datang sini diorang xambik pakej hotel mewah "

Back To Top