Terkini!! Pas Akan Umum Keluar Dari Kerajaan Selangor Selepas Kalah Di Sungai Besar

Selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar semalam, pastinya akan timbul pelbagai persoalan mengenai masa depan PAS didalam kerajaan negeri Selangor. Ini kerana, sepanjang kempen berlangsung, tidak ada seorangpun wakil mahupun Menteri Besar Selangor hadir bagi memberi sokongan atau bantuan kepada PAS di Parlimen Sungai Besar.

Malah, dalam dua majlis berasingan yang dianjurkan oleh PAN dan DAP, Datuk Seri Azmin Ali hadir kedua-dua majlis berkenaan dan menariknya, di kedua-dua majilis ini, Azmin menyatakan sokongan penuh kerajaan negeri dan jentera PKR kepada PAN, bukan PAS yang menjadi sekutunya didalam kerajaan Selangor.

Amat mudah difahami bagaimana reaksi PAS berhubung perkara ini. Ketika kali pertama Azmin mengumumkan bahawa kerajaan negeri dan beliau secara peribadi, menyokong pencalonan PAN berbanding PAS walaupun calon PAS, Dr Abdul Rani Osman hadir pada majlis berkenaan, sumber dalaman PAS pusat dan PAS Selangor nyata kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin ini.

Malah, ketika kali kedua Azmin mengumumkan komitmennya, PAS Selangor sekali lagi mengeluarkan amaran kemungkinan mereka akan keluar dari kerajaan Selangor andai Azmin tidak menjaga sensitiviti mereka. Semalam, selepas kegagalan PAS memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar ditambah pula dengan penurunan majoriti, kesabaran PAS kini dilihat sudah sampai kepada kemuncaknya.

Dalam satu reaksi yang ditonjolkan oleh seorang pemimpin PAS Selangor yang ditemui sebentar tadi, beliau jelas menyatakan, PAS berkemungkinan Besar akan mengadakan mesyuarat tergempar peringkat negeri bagi mempertimbangkan kemungkinan untuk keluar dari kerajaan Selangor dan sekaligus membentuk blok pembangkang baru di Selangor bersama-sama ADUN BN dan dua ADUN bebas.

Ini sekaligus membawa 4 orang Exco PAS yang masih berada didalam kerajaan Selangor terpaksa mengemaskan meja masing-masing bagi menuruti kemahuan kepimpinan PAS kali ini. Malah ada dikalangan ahli PAS sendiri telah menyuarakan pandangan supaya mereka keluar dari kerajaan Selangor pimpinan Azmin kerana jelas, Azmin tidak lagi menganggap PAS sebagai sekutu dalam kerajaannya.

Perkembangan ini pastinya akan memberi tekanan tambahan buat Azmin setelah parti yang dipilihnya, PAN, mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar semalam. Apa lagi yang mahu dipertahankan PAS setelah Azmin benar-benar mengkhianati persahabatan antara mereka? Justeru, langkah PAS kali ini dilihat cukup tepat dan pastinya kedudukan Azmin di Selangor turut bakal tergugat.

Tag : politik


0 Komentar untuk "Terkini!! Pas Akan Umum Keluar Dari Kerajaan Selangor Selepas Kalah Di Sungai Besar"

Back To Top