Penyanyi Terkenal Mati Ditembak

PENYANYI terkenal Pakistan, Amjad Sabri, 45, maut selepas ditembak oleh penyerang yang menaiki motorsikal dalam kejadian yang mengejutkan seluruh penduduk di negara berkenaan.

Amjad Sabri, 45, yang juga salah seorang penyanyi ‘qawwali’ yang paling terkenal di Asia Selatan, ditembak tiga kali ketika sedang memandu di Karachi.

Pihak berkuasa mengesahkan dua lelaki telah melepaskan tembakan melalui cermin tingkap kereta yang dipandunya dan seorang saudara yang turut bersama dengan Amjad, mengalami kecederaan.



http://www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2016/06/3-16.jpg

“Amjad Sabri meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Dia ditembak dengan tiga das,’’ kata pegawai polis, Rohina Hasan yang enggan mengulas lanjut mengenai pembunuhan berkenaan.

Susulan kematiannya, rakan-rakan beliau telah meluahkan ucapan takziah melalui media sosial dengan ada yang mendakwa penyanyi berkenaan pernah cuba mendapatkan perlindungan daripada pihak berkuasa selepas mendapat ancaman bunuh.

Antara yang melahirkan rasa terkejut dengan kematian Amjad ialah bekas bintang kriket Pakistan, Imran Khan yang menyifatkan kejadian itu menunjukkan kegagalan undang-undang dan writ kerajaan.

Pembunuhan itu berlaku dua hari selepas sekumpulan lelaki yang bertopeng, telah menculik anak kepada hakim terkenal di Karachi, Sajjad Ali Shah ketika dia berada di luar sebuah pasaraya.Motif penculikan itu masih belum dikenalpasti. – MYNEWSHUB.CC



Tag : hiburan


0 Komentar untuk "Penyanyi Terkenal Mati Ditembak"

Back To Top