Kenyataan Mufti Perlis Ini Membuatkan Mufti-Mufti Dan Ustaz-Ustaz Yang Lain Sentap

Agak menarik dengan reaksi tegas tokoh-tokoh agama terhadap kenyataan G25. Walaupun saya sendiri tidak setuju dengan beberapa kenyataan kumpulan berkenaan, namun kemaskini urusan pentadbiran agama masih perlu dilakukan.

Isu privacy dan dosa peribadi itu ada asas perbincangannya dalam syarak, namun semua pihak hendaklah memahaminya dengan betul. Tidaklah boleh kita bersetuju dengan kenyataan 'salah seorang' yang menyebut minum arak itu sesuatu yang tidak wajar dipertikaikan seperti 'zaman-zaman' dahulu.

Namun, apa yang lebih menarik lagi ialah tidak kelihatan reaksi tegas tokoh-tokoh agama ketika ada pihak menyebut dokumen-dokumen penting sekalipun ada membabitkan kepentingan awam tidak boleh didedahkan.



Account peribadi sekalipun dipersoalkan oleh awam tidak boleh didedahkan. Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan. Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini.

Mungkinkah atas alasan bersangka baik dalam harta awam tapi tidak dalam hal peribadi rakyat yang lemah?!

Ramai orang agama marah bila pengintip khalwat diganggu tapi tidak menzahirkan marah apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan.

Lebih menarik lagi, ramai tokoh agama itu tidak kedengaran suara mereka ketika rakyat dihimpit kenaikan harga dan kos sara hidup yang tinggi. Bahkan ada yang sekadar menyebut 'jangan pertikai, bersyukur dengan keadaan yang ada.

Bimbang nanti ramai akan bertanya; apakah sebenarnya hakikat Islam itu?!


credit to : Dr Maza.com
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Kenyataan Mufti Perlis Ini Membuatkan Mufti-Mufti Dan Ustaz-Ustaz Yang Lain Sentap"

Back To Top