Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates).
Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.
Sumber imej daripada Facebook 1Sabah
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod "