Kerjayanya juga stabil dan pandai mengambil hati saya. Segala pakej yang saya suka pada pasangan, dia lengkap memilikinya. Namun Dang Setia, ibu kurang berkenan dengan pilihan saya. Katanya ramai lagi wanita bujang di luar, mengapa perlu memilih janda.
Saya tidak memandang rupa sebaliknya melihat kesesuaian pasangan baik sikap dan sifat. Teguran ibu menyebabkan saya menjadi serba salah dan berasa berat untuk meneruskan hubungan dengan pasangan. Bantu saya Dang Setia.
AMAR, Besut, Terengganu
Ibu menentang cuma kerana mahu sesuatu yang dia rasa baik untuk anaknya berstatus bujang. Ibu membesarkan saudara bagaikan menatang minyak yang penuh dan berasa wanita memegang status janda bukan pilihan baik.
Jangan saudara melancarkan perang dingin disebabkan kecewa sebaliknya ambil pendekatan positif seperti memujuk ibu mengenali pasangan terlebih dulu.
Sebelum itu bicara hati ke hati mengenai kebaikan pasangan selain melihat wanita berstatus janda boleh membantu saudara menjadi ketua keluarga lebih baik.
Tenangkan ibu bahawa pasangan saudara jauh lebih matang dan bijak menguruskan rumah tangga membantu kehidupan saudara selepas berkahwin kelak. Jangan lupa atur pertemuan antara wanita pilihan saudara dengan ibu bagi membolehkan mereka mengenali satu sama lain.
Jadi pengantara baik dalam mewujudkan pertemuan selesa kedua-duanya selain memberi tip kepada teman wanita mengenai topik disukai ibu.
Tag :
kisah
0 Komentar untuk "Ibu Tak Suka Saya Berkawan Dengan Janda"