Awas Kaum Wanita Lelaki Gila Seks Ini Sedang Menunggu Peluang Di Pasaraya Subang Jaya

PERNAH bayangkan bagaimana rasanya jika anda terpaksa melarikan diri daripada dikejar oleh seorang psikopat persis filem-filem thriller Hollywood?

Mungkin ada antara kita yang belajar seni mempertahankan diri seperti jiujitsu atau taekwondo dan tidak berasa terlalu gentar dengan ancaman penjahat.

Namun, secara jujurnya, tiada siapa pun yang akan sentiasa dalam keadaan sedar atau fokus ketika ‘dihendap’.

Inilah yang betul-betul berlaku pada seorang pelajar Kolej KDU apabila melalui pengalaman diikuti seorang lelaki tidak dikenali ketika dia sedang bersiar-siar di dalam gedung beli-belah terkenal, Empire Subang Jaya.
Insiden tersebut telah meninggalkan kesan begitu mendalam terhadap pelajar perempuan yang bernama Annekie Kow , sehingga bertindak untuk memuat naik status dan gambar-gambar stalker itu menerusi laman Facebooknya.
fb958d58-4972-484c-9cd2-82edaf4228a0
c96721dd-e7a7-4c2a-9fe5-86dd9b2fc852
Dalam status itu, Annekie menceritakan bahawa segalanya bermula apabila dia sedang berjalan-jalan di dalam pusat beli-belah tersebut sementara menunggu teman lelakinya menjalani rawatan wajah di sebuah studio dalam premis berkenaan.

Sewaktu beliau menaiki eskalator, tiba-tiba seorang lelaki berdiri di belakangnya dengan jarak yang terlalu dekat sambil tersenyum. Tidak selesa dengan keadaan itu, Annekie hanya membalas dengan senyuman tawar.

Pelajar itu kemudiannya masuk ke dalam kedai Daiso, namun terkejut apabila mendapati lelaki berkenaan turut mengikutnya masuk kedai tersebut!
c5ae9163-7b1c-497c-9cd9-353b9b228e2c
Untuk memastikan dia tidak sekadar bersangka buruk atau paranoid, Annekie pura-pura beredar ke lorong-lorong lain kedai tersebut untuk melihat sama ada betul atau tidak lelaki tersebut memang mengekorinya.Rupa-rupanya memang ‘si gila’ tersebut mengikutinya ke setiap sudut kedai itu dari belakang!
12b5b8f3-571d-4b3d-b21e-b34ff47ace87
Kaget dengan tindakan lelaki tersebut yang beberapa kali cuba berdiri rapat dengan tubuhnya, Annekie kemudian beredar daripada kedai itu dan terus hubungi teman lelakinya untuk beritahu tentang insiden tersebut.

Risau jika perkara yang buruk berlaku pada teman wanitanya, teman lelaki Annekie kemudiannya menyuruh gadis itu menunggu di dalam studio tempatnya melakukan rawatan wajah.

Namun, stalker tersebut masih mengekori Annekie ke studio itu sehingga beliau terpaksa menyorok dan memberitahu pakar kecantikan di situ tentang apa yang berlaku,

Lelaki gila seks itu bagaimanapun masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk putus asa pada masa itu, dan bertindak untuk menunggu di luar premis berkenaan.

Dia kemudiannya beredar secara tergesa-gesa apabila terperasan gambarnya dirakam Annekie.
Annekie kemudiannya menggunakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan itu untuk memberi peringatan kepada semua khususnya kaum wanita menerusi laman akaun Facebook miliknya.

Status tersebut telah mendapat perhatian netizen dan menjadi viral serta-merta, dengan 2,000 kongsian dalam tempoh 16 jam.

Ada juga netizen yang menyimpulkan bahawa pakaian Annekie yang terlalu seksi mungkin menjadi ‘pencetus’ keghairahan sukar dibendung lelaki tersebut.

Namun, menuding jari pada pemakaian seseorang sememangnya satu pendapat yang dangkal. Dan Annekie pula bukan berjalan di tempat sunyi-sepi atau gelap, dia berada di kawasan awam semasa kejadian itu berlaku.

Inilah kalau sudah terlalu taksub dengan susuk tubuh wanita; sanggup membelakangkan kewarasan minda dengan membiarkan hawa nafsu bermaharajalela.Dan hasilnya, lelaki gila seks seperti ini berkeliaran menjadikan wanita sebagai mangsa! –SUMBER MYNEWSHUB.CC
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Awas Kaum Wanita Lelaki Gila Seks Ini Sedang Menunggu Peluang Di Pasaraya Subang Jaya"

Back To Top