gambar hiasan
Itu yang terjadi, pada seorang wanita ini, konon-kononnya menghantar 'report' kepada si suami, mengenai keadaannya ketika berada 'outstation'.
Memetik laporan Lollipop, wanita yang bernama Chealsea itu sedang berada di luar bandar kerana urusan bisnes.
Setibanya ke hotel tempat dia menginap, dia pun menghantar gambar sebagai bukti kepada suaminya yang dia telah pun tiba di situ.
Gambar yang dihantar melalui aplikasi snapchat itu bagaimanapun bukannya membuatkan suaminya berasa tenang atau pun lega kerana isterinya selamat tiba. Malah, menjadikan dia berasa curiga.
Ini kerana gambar-gambar yang dihantar kepadanya adalah dalam keadaan seksi dan tidak diambil secara selfie. Persoalannya, siapakah yang menangkap gambar-gambar tersebut?
Nah, sekarang wanita itu telah 'tertangkap' dengan penipuannya sendiri. Masakan gambar-gambar itu boleh ditangkap sendiri, bukan? Jika tiada orang lain yang 'tolong' menangkap gambar itu.
"Kamu dengan siapa tu? Macam bukan seorang sahaja?" tanya suami.
"Apa yang awak cakap ni? Saya mengambil gambar menggunakan timer lah" balas si isteri.
Paling ketara ialah, gambar kedua yang dihantar oleh wanita itu, terpapar jelas rupa sepasang kasut lelaki di hotel itu.
(Sumber foto: Lollipop)
Cerita ini bukanlah kali pertama terjadi, sememangnya teknologi mampu 'menipu' ramai pasangan dengan pelbagai cara dan teknik.
Namun, jika anda seorang yang peka dan berhati-hati, jangan biarkan teknologi menipu. Lihat sahaja dalam kes ini, wanita yang kononnya menghantar keadaan terkininya kepada suami, namun akhirnya terkantoi!
Peringatan juga buat suami isteri, kesetiaan itu tersangatlah penting. Meskipun pasangan anda tidak dapat melihat, namun semuanya bermula dari dalam diri anda. - CARI Infonet
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Isteri Curang Bersama Teman Lelaki Dalam Hotel Kantoi Apabila Hantar Gambar Seksi Kepada Suami"