Makanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Gout

Penyakit gout ialah penyakit salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Punca Penyakit Gout

Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Makanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Gout

Tinggi kandungan purin :Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkanSederhana kandungan purin :Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut

1,Minum air masak atau air suam dengan kuantiti banyak terutama sekali bila masuk tidur.

2,Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3,Makan peria dan peria katak.

4,Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan sangat sesuai untuk anda.

5,Susu tepung (bukan Anelene, HL atau low fat).

6,Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.

7,Mengamalkan pemakanan dari ulam-ulaman seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.

8,Buah delima.


9,Epal hijau 2 biji seminggu.

10,Burung seperti burung puyuh, nuri dan merpati.

11,Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya.

12,Garam kasar menggantikan garam halus.

13,Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau spa

14,Makan lebih banyak sayur-sayuran.

15,Makan jintan hitam atau Habbatus Sawda.

16,Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

Sekiranya anda mempunyai penyakit gout ini, pastikan anda sentiasa menjaga dan memantau pemakanan. Andai kata makanan tersebut sepatutnya anda tidak boleh makan dan pantang, janganlah makan.

Demi kesihatan dan tubuh badan anda juga. Sekiranya terdapat ahli keluarga dan rakan-rakan anda mempunyai penyakit gout ini, bolehlah berkongsi-kongsi maklumat berkaitan dengan makanan yang sesuai untuk mereka.

credit:http://tokeinfo.com/
Tag : kesihatan


0 Komentar untuk "Makanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Gout"

Back To Top