Gara-Gara Amalkan Petua Bawang Putih, Anak Wanita Ini Dikejarkan Ke Hospital
Perkongsian ini dipetik daripada laman FB Mizs Sophia . Seperti yang viral sebelum ini tentang pet...
Wajib Baca! Bahana Minyak Masak
Subhanallah! Saksikan Sendiri 15 Pantai Paling Menakjubkan di Dunia
"Along Sayang Papa Tak?", Jawapan Anak Itu Kemudian Membuat Bapa Termenung Sendirian
Perkongsian ini dipetik daripada laman FB Mizs Sophia. Seperti yang viral sebelum ini tentang petua menggunakan bawang putih pada tapak kaki bayi untuk melegakan demam selsema dan batuk. Ramai juga yang mempraktikkan petua ini dan ini adalah salah satu perkongsian seorang ibu yang telah mempraktikkannya. Ikuti apa yang terjadi pada anaknya:
Ibu-ibu sekalian please take note ape yang saya nak SHARE ni ya-
Pengajaran yang saya dapat selepas mencuba Petua hilangkan selesema menggunakan teknik bawang putih (Elak sebelum terkena):
1. Kenali jenis kulit baby anda (Nasib saya Baby Medina jenis kulit sensitif. Setiap baby punya kulit yang berbeza, untung bagi mommy yang ada baby kulit normal. Yang ni nak amalkan apa2 petua pun tak apa sebab kulit normal)
2. Sebelum amalkan apa2 petua, pastikan teknik yang digunakan termasuk persekitaran BEBAS KUMAN (mata kasar nampak okay jer tapi kadang cara kita tu dah terjamin kebersihannya kita tak tahu. Sebab tu setiap produk yang nak dikeluarkan/dipasarkan kena melalui lab test utk menguji BEBAS KUMAN atau pun tidak). Pesan Pakar Kanak2 tadi, memadai sekadar menggunakan Minyak Telon/Yuyi sahaja.
3. Doktor INFORM cecair yang berkumpul di tapak kaki (gelembung) tu adalah MUKUS (Lendir dari dalam badan yang ditarik keluar oleh bawang putih). Tapak kaki Baby Medina ditoreh untuk pastikan mukus tu keluar sepenuhnya dan diberikan ASPIRIN untuk cuci luka & Krim Antiseptik untuk elakkan INFECTION. (PART NI MEMANG KENA BERI PERHATIAN LEBIH) Esok jika masih gelembung lagi memang nak kena pergi PMC segera untuk keluarkan lagi mukus yang terperangkap bawah tapak kaki. (ADA TAK KAWAN2 DI SINI YANG CHILD SPECIALIST? BOLEH TERANGKAN BAIK/BURUK MUKUS NI TAK?)
**Now Baby Medina demam kesan daripada panas bawang putih semalam. Bak kata Doktor, masalah nya bukan pada berapa helai stokin yang digunakan, kalau kulit baby zahirnya dah SENSITIF, if berlapik 10 stokin pun akan beri kesan melecur yang sama mcm Baby Medina.
Coz semalam teknik yang saya gunakan lebih kurang sama sahaja seperti yang kawan2 amalkan cuma bezanya saya balut bawang putih tebal2 dengan tisu yang kering (ketebalan sama mcm menggunakan 2 stokin) sebelum saya pakaikan stokin. Tak apa lah nasib Baby Medina ALERGY dengan bawang putih, kalau tak cuba petua semalam saya pun tak tahu anak saya alergy bawang putih. Moral of the story, setiap apa petua yang kita nak amalkan, peringatan untuk kawan2 yang bergelar IBU juga, jika yakin petua yang diamalkan terjamin 100% kebersihannya dan bebas kuman, baru lah amalkan. Semoga cepat sembuh Princess Mummy.. Sedey mummy tengok kaki kamu. Dah ler hidung sumbat, batuk nya lagi.. Mummy selalu doa biarlah semua sakit kamu pindah pada mummy pun tak apa. Jangan kamu yang sakit..
**Melalui perkongsian ini, ramai netizen telah memberikan komen dan pendapat masing-masing, ada yang telah mencuba dan berjaya dan ada juga yang mengalami nasib yang sama seperti wanita ini.
Tag :
kesihatan
0 Komentar untuk " Gara-Gara Amalkan Petua Bawang Putih, Anak Wanita Ini Dikejarkan Ke Hospital"