Inilah kisah adik Nik, kisah kasih sayang seorang anak kepada ibu.


KISAH HATI SEORANG ANAK

Hari ini Tuhan tunjukkan kepada saya satu kisah yang amat memberi kesan yang mendalam di hati dan jiwa saya.Satu kisah yang menyebabkan saya berfikir. Termenung.

Ini Nik Masku Hairi, 20 tahun umurnya. Orang panggil Nik, anak kedua dari 3 orang beradik. Satu satunya lelaki dalam keluarga. Kakak nama Nik Nurul Fatihah, 21 tahun dan
adik Nik Nurul Dalilah, 18 tahun. Sekarang sudah semester 3 di Uitm Machang.

Adik Nik kerjanya mengambil upah membaiki kenderaan apabila dipanggil. Dengan rezeki inilah Adik Nik menyara ibu dia yang sedang terlantar sakit akibat kencing manis dan adik perempuan yang sedang menimba ilmu.

Di rumah ini, di zaman ini, di saat ini, masih wujud seorang anak muda yang sanggup berkorban demi ibu dan keluarga. Segala keperluan ibunya diuruskan oleh adik Nik. Memasak untuk ibunya, menyuapkan makanan setiap kali ibu hendak makan, dukung dan memandikan ibu, mencuci pakaian sehinggalah mendodoikan ibunya sehingga tertidur. Terlena disamping ibunya setiap malam. Seekor nyamuk pun mungkin tidak dapat sentuh ibunya.

Semasa ziarah rumah adik Nik, seperti yang dikisahkan oleh tuan Ir Meor Shamshir semalam, kami perasan layanan Adik Nik terhadap ibunya umpama seorang putera yang melayan seorang permaisuri. Penuh kasih sayang, lemah lembut.

Dan ada satu ketika ibunya menangis dan panggil adik Nik. Terus adik Nik gengam tangan ibunya. Tetiba titisan air mata adik Nik turut jatuh bersama ibunya. Seperti merasai juga sakit yang ditanggung ibunya itu. Ini di depan mata kami! Perasaan kami usah dicerita, bergelora jiwa dan tahan mata yang sudah masuk habuk.

Kisah ini adalah cerita nyata di zaman ini, cerita realiti yang menunjukkan masih ada seorang anak seperti Adik Nik yang setia dan menjaga ibunya. Tidak berfikir langsung dengan usia remajanya, dalam benak dan fikirnya hanya ibu ibu dan ibu.

Ibu Nik bagitau, nasib baik dia ada seorang anak bernama Nik ini. Seorang anak yang Tuhan kurniakan hati dan jiwa yang penuh korban kasih sayang. Seorang insan yang Tuhan limpahkan cinta dalam hati terhadap ibu.

Kini Nik dan ibunya sudah berdaftar dengan Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan. Jadi kami di sini akan sedaya upaya membantu Nik dan ibunya. Dengan berkat sokongan dan kasih sayang daripada sahabat sahabat FB sekalian kami pasti ada sinar untuk adik Nik dan keluarga.

Inilah kisah adik Nik, kisah kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Lokasi : Belakang Petronas Cbg 3 Pengkalan Chepa.

Kapten Mawi
0129602596
Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan

KELAB KEBAJIKAN ASNAF KELANTAN
RHB 25301600010751

Sila maklumkan kepada Bendahari kami, Pn Rozila melalui email rozilaroslan@gmail.com or WA 0193843788 untuk tujuan rekod dan audit persatuan.








Tag : kisah


0 Komentar untuk "Inilah kisah adik Nik, kisah kasih sayang seorang anak kepada ibu."

Back To Top