Ibu Kongsi Cerita Detik-Detik Anaknya Lina Joy Murtad Yang Patut Anda Baca

Kalthum Omar atau dikenali sebagai Mak Som berusia 77 tahun pernah mengunjungi Baitullah sebanyak dua kali dengan membawa satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH. Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.

Majalah Mastika pada Disember 2006 pernah menemui Mak Som untuk mendapatkan perkembangan lanjut tentang ‘Alin’ panggilan keluarga kepada Azlina yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

Apabila ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat lain, Mak Som tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung dengannya. Tahun 1998, Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan seorang rakan.

Sejak itu Alin jarang jarang pulang ke rumah. Kalau balik pun sekejap saja. Bila ditanya Alin memberikan macam macam alasan. Mulanya wanita ini anggap Alin bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya, wanita ini jadi pelik sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa helai baju kurung.

Kenapa Alin keluar rumah? Alasan Alin mudah, senang hendak ke pejabat. Kerana percayakan Alin, wanita ini akhirnya tidak menghalang kemahuan Alin. Apa yang penting anak gadisnya itu tahu menjaga diri.

Siapa teman serumah Alin? Ibu ini tidak mengetahuinya. Alin memberitahunya dia tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor dengan seorang kawan.

“Mak cik percaya sebab mak cik tahu Alin takkan sanggup tipu ibu bapa sendiri. Mak cik ingatkan Alin jangan lupa sembahyang, jaga diri dan jangan lupa balik kalau ada masa terluang. Alin mengangguk,” cerita wanita ini.

Adakah itu detik detik permulaan yang membawa kepada Alin keluar dari agama Islam?

Lama wanita ini termenung. Dia memberitahu, jika ditanya bilakah waktu anak gadisnya itu murtad, dia sendiri tidak tahu, hinggalah suatu petang Alin pulang menjenguknya.

“Alin tanya mak cik, posmen ada hantar surat untuknya? Mak cik kata tak ada, yang ada surat orang lain. Mak cik sendiri tak kenal, nama tercatat atas sampul surat itu juga belum pernah mak cik dengar.

“Mak cik beritahu Alin, nama atas surat itu bukan nama orang Melayu, bukan nama orang Islam. Alin tanya mak cik, surat siapa? Mak cik kata surat yang dikirim itu atas nama LINA JOY,” luah wanita ini.

Memang nama itulah yg tertulis di atas beberapa keping surat yang sampai ke alamat rumah wanita ini.

Pelik, kerana nama itu belum pernah di dengar. Bila wanita ini bertanya anak anak dan menantunya, tiada siapa yang tahu pemilik surat tersebut. Tetapi apabila Alin bertanya, pantas sahaja dia mengaku surat yang sampai di atas nama Lina Joy itu miliknya.

“Mak cik jadi hairan, Alin kata dengan mak cik itu surat dia. Nama Lina Joy itu namanya,” cerita ibu ini kepada Mastika.

Dalam diam wanita ini terkedu. Apa sudah jadi dengan Alin? Kenapa tiba tiba sahaja namanya bertukar kepada Lina Joy? Bukankah nama Alin itu nama yg cukup indah? Lupakah Alin nama itu diberikan oleh arwah ayahnya?

Namun selepas tamat persekolahan Alin yang berkerja disebuah syarikat swasta di Lembah Klang, mula berubah. Alin banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan sepejabatnya di luar.

“Tetapi Alin kecewakan mak cik,” tutur wanita ini sambil mengesat air matanya. Tahun 2000, ada desas desus yang sampai ke telinga wanita ini tentang anak gadisnya, Alin. Berita itu kurang enak didengar. Alin dikatakan sudah berubah. Kononya Alin berkawan rapat dengan seorang lelaki berlainan bangsa dan agama. Apa yang lebih memedihkan ibu tua iti, Alin dikatakan sudah murtad! Alin sudah jadi LINA JOY.

“Nafas mak cik sesak. Rasa dunia ini jadi gelap. Fikiran mak cik teringatkan arwah ayahnya. Kalau benar apa yang dikatakan orang, mak cik tak sanggup kehilangan Alin. Dia harapan keluarga, harapan arwah ayahnya.

Mak cik suruh abangya pergi cari Alin. Alin balik ke rumah. Mak cik nak Alin tinggal dengan mak cik, biarlah mak cik yang jaga Alin. Tapi semua usaha itu gagal. Alin tetap berdegil untuk tidak pulang,” kata wanita ini lagi.

“Mak cik pujuk Alin, Mak cik cakap pada Alin, baliklah nak …..ibu rindu. Dah lama Alin tak balik menjenguk mak. Seminggu lepas itu Alin balik, kata wanita ini. Apabila ditanya sejauh mana kebenaran cerita tersebut, Lina Joy tidak menjawab, sebaliknya hanya membatukan diri. Kenapa Lina Joy murtad? Lina Joy berikan alasan mahu berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.

Menurut laporan Utusan, Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu ini akan berdoa supaya agar anaknya dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Mak Som berkata keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya walaupun keadaannya telah berubah.

“?Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui anak saya murtad.

?”Saya telah mendidik anak saya sebagai orang Islam dan dia masih beragama Islam,?? katanya dengan nada sedih.

Mak Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan keluarga merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.

“Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin.

“Dia juga berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa,?? jelasnya.

Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia balik ke rumah meraikan bersama-sama.

“Hanya setelah Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa dengannya,??” katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidak pernah diduga keluarganya.Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang ke pangkuan mereka.

“Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah dia juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya, ” katanya. KREDIT ANWARAIDC.




credit:zerousvortex.com
Tag : kisah


0 Komentar untuk "Ibu Kongsi Cerita Detik-Detik Anaknya Lina Joy Murtad Yang Patut Anda Baca"

Back To Top