Ramai yang tidak sedari peranakan dan rahim ini boleh jatuh. Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada wanita yang sudah bersalin malahan anak dara juga berkemungkinan besar akan mengalami masalah yang sama.
Anak gadis yang terlalu aktif kehidupannya seperti polis atau tentera, atlet dan mereka yang selalu mengangkat benda berat semasa bekerja mudah jatuh peranakan ini.
Punca wanita yang sukar hamil juga mungkin mengalami peranakan jatuh. Ia dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.
Antara 6 Simptom Peranakan Jatuh
1) Rasa berat di sekitar kawasan ari-ari. Rasa ada benda yang bergayut. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar di kawasan pembukaan faraj.
2) Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga.
3) Kencing rasa tidak lawas. Walaupun dah ke berulang kali ke tandas, tapi rasa macam ada lagi air kencing nak keluar. Bila diteran tak ada apa yang keluar.
4) Sakit dan senak semasa melakukan seks bersama pasangan.
5) Sakit pinggang seperti sakit melingkar kawasan pinggang, pinggul dan ari-ari.
6) Waktu petang pula rasa seakan demam, sejuk kaki dan tangan. Peha dan betis pula rasa kebas-kebas.
3 Cara Mengesan Peranakan Jatuh
1) Kedudukan Baring
Letakkan ibu jari di dalam pusat, sekiranya terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda peranakan kita berada di tempat yang betul. Tetapi sekiranya terasa dari bawah pusat bermakna tandanya perlu berurut untuk menaikkan semula bahagian peranakan ibu.
2) Kedudukan Mencangkung
Semasa memasukkan jari ke dalam faraj dan cuba sentuh objek berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli. Sekiranya ia dapat dicapai dengan mudah, bermakna peranakan anda sudah mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh ambil cermin dan tengok pada sama ada daging terkeluar atau tidak.
3) Kedudukan Baring dan Urut
Baringkan badan tanpa bantal. Sapukan minyak gamat atau serai dan sebagainya di pertengahan antara pusat dan ari-ari. Gosokkan minyak di keseluruhan tempat dengan perlahan-lahan. Urut dis ebelah kiri dan bawa ke tengah. Kemudian, urut di sebelah kanan dah bawa ke tengah juga. Cuba tekan bahagian bawah pusat, jika terasa sengal dan ada benjolan kecil, sahlah peranakan anda jatuh.
credit to : http://mforum.cari.com.my
Tag :
kesihatan
0 Komentar untuk "Info Penting !! 6 Tanda Utama Peranakan Wanita Telah Jatuh"