Harga Ubat-Ubatan Akan Naik Sebaik Sahaja Najib Tandatangani Perjanjian TPPA

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengkritik Putrajaya dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan menuntut penjelasan berikutan percanggahan dengan apa yang diterangkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

Lim berkata, sekiranya Putrajaya tidak menjelaskannya, DAP akan membantah sekeras-kerasnya perjanjian itu pada sesi Parlimen akan datang.

Katanya, Obama ketika lawatannya ke Malaysia mengakui harga ubat akan meningkat sebaik sahaja TPPA disahkan.

Namun sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat TPPA tidak akan menyebabkan kenaikan kos perubatan dalam sektor farmaseutikal. Mustapa berkata, Malaysia akan mengekalkan dasar sedia ada berkaitan sektor itu.

Lim berkata demikian ketika berucap di hadapan 400 orang perwakilan DAPSY yang hadir di Kongres Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini.

Ketua menteri Pulau Pinang itu menambah, tidak cukup dengan harga tol yang meningkat serta mata wang ringgit menurun, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menambahkan lagi beban rakyat Malaysia.

"GST tidak cukup celaka? GST sudah cukup celaka. Saya tahu kalau cakap macam ini mungkin kena dakwa macam Nurul Izzah.

"GST celaka, tambah dengan mata wang ringgit, harga minyak tak turun rakyat susah. Masuk lagi dengan TPPA.

"Harga ubat akan naik. Kita tidak mampu beli ubat, betul-betul hendak bagi kita mati," katanya.


sumber:http://www.addindeen.com
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Harga Ubat-Ubatan Akan Naik Sebaik Sahaja Najib Tandatangani Perjanjian TPPA "

Back To Top