Kisah Graduan Muda Di Tipu Syarikat Pelaburan Forex Yang Perlu Anda Ambil Ikhtibar

Selepas beberapa bulan habis belajar, aku mendapat beberapa panggilan job inteview. Aku berharap untuk bekerja di sekitar KL/Selangor pada masa itu. Pada suatu hari, aku dapat panggilan interview. Mereka kata mereka dapat resume aku daripada jobstreet sedangkan aku tak mohon pun. Sebagai fresh grads yang tak ada pengalaman, itu suatu berita gembira untuk aku. Aku tanya ini company apa, mereka kata mereka servicing company. Okay, aku yang dungu ni pun pergi interview sebab ada interview lain di Bangsar.

Pada hari interview, aku call company untuk minta tunjuk arah ke company. Kedudukan lokasi company di Tingkat 7, Blok 2A Plaza Sentral berdekatan Menara UEM, Stesen Sentral (Kl Sentral). Bila sampai di bangunan tu, aku cari direktori nama company yang ada di blok itu. Aku jumpa 3i Infotech. Tapi aku interview bukan company tu. Soalan interview cukup senang sebab mereka cuma bertanyakan mengenai family background je. Aku memang doa supaya dapat tempat kerja yang senang nak pi boleh baik public transport. Allah makbulkan dan dapat kerja.

First day datang kerja, satu batch yang masuk sama dengan aku duduk dalam bilik meeting. Manager dan assistant manager yang begitu ramah bagi briefing pasal company. Dia kata first week adalah training dan untuk first week company tak bayar gaji. Btw dia tawarkan gaji dari RM 2000-RM2800. Aku minta RM2500, dapat dengan position as Admin Executive. Manager, Emy kata company adalah menjalankan currency exchange investment (senang cerita forex investment). Hari2 aku disitu akan print graph, tanda graph 'High', 'Low', garis2, kena tahu theory sell and buy.

Ms Emy kata kerja kami adalah assist manager dan tak akan jumpa client. Kami kena sediakan proposal, come out with strategies. Selepas beberapa hari disitu, para manager akan push orang baru untuk kononnya tolong orang terdekat dengan mereka (ibu bapa, adik beradik, kawan rapat) secara financially dengan buat investment ni. Disebabkan kononnya kami ni company yang bekerja sbg customer service untuk HSBC Hong Kong (jual produk HSBC HK), bila kami yang handle account (ada orang buat investment dan kita handle investment tu), staff akan dapat Transaction Fee (baca:komisen) Konon minimum TF boleh dapat sebulan RM4000.

Part lawak bila kata gaji staff dibayar oleh Microsoft sebab untuk buat sell/buy dalam investment ni guna Microsoft Silverlight. Padahal sebenarnya Microsoft Silverlight untuk buat editing amenda ntah. Tak ada kena mengenai dengan investment tu. Kita orang dipush dan di-psycho gila2 untuk ada client. Untuk buat investment dengan harga staff (konon kita orang staff), RM 100,000. Manager akan tolong beri solution untuk kita untuk dapatkan client. Bila manager ni tak dapat membantu, manager lain datang kat kita bagi solution lain.

Setiap malam manager akan call tanya update kita sama ada kita dah berjaya dapat client ke belum. Waktu cuti pun call, mesej. Aku yang selalu tak ada credit ni tak reply mesej. Fon pun buat hal masa tu, aku pernah angkat sekali je. Malam2 lain aku sengaja tak angkat sebab rasa menyampah yang amat. Waktu lunch hour, aku tak dibenarkan berbual2 dan jalan2 sama dengan satu batch masuk dengan aku. Kebetulan awal2 dulu kita orang sempat kenal2. Kita orang ada kwn yang sama. Btw kat situ, orang baru memang tak dibenarkan untuk contact sesama sendiri.

Kawan aku call aku mengadu stress kerja kt situ. Rupanya bukan dia je stress, aku pun! Kita orang ragui banyak benda dengan company ni sebab sampai kita orang berhenti kerja, kita orang tak tahu nama company tu apa. Serius! Kita orang selalu diugut, ingat kita orang boleh kerja ke kat situ kalau tak ada account. Senior staff kat situ konon semua ada account dan tolong family dia orang banyak. Depa selalu cerita beli barang mahal2, shopping ribu2. Akhirnya aku decide berhenti.

Hari terakhir aku kat situ, aku baru tau classmate degree pun kerja kat situ tapi kita orang tak sempat cakap pape. Sampai satu masa, classmate aku tu whatsapp aku cakap stress kerja situ. Dia tanya manager kat situ mana aku, dia orang kata aku dah handle account, sebab tu tak ada kt office. Gila Menipu! Celah mana aku nak dapat rm100000? Walaupun aku hampir menjerumuskan seseorang dan siap minta buat loan weh! Gilaaaa! Lepas balik Johor, aku baru tahu nama sebenar scam company ni sebab classmate aku tu bagitau, dia baca daripada blog. Nama company ni tukar2, Pro Infinity la, Binary Indulgence la.

Bila aku fikir2 balik, ni memang pengalaman untuk aku. Kebetulan masa tu, fon aku rosak sebenarnya, aku tak boleh nk google lebih2 pasal company ni masa tu. Harapnya bilangan mangsa penipuan tak bertambah terutamanya dalam kalangan fresh grads. Cukuplah aku dah rasa, korang tak payah!

Dibawah gambar staff yang banyak mempermainkan perasaan orang terutamanya fresh grads.ciskek.huhu (*btw gambar ambil dari blog).

Mohon sebarkan kepada semua supaya tidak terperangkap dengan scam company. Jazakumullahu khairan.

Sumber FB Apa Abdul Aziz.


Kisah #2: Binary Indulgence Penipu!

Family kami ditipu in total RM 187000. Modus operandi sama. Start dengan akak dapat peluang interview dengan syarikat BINARY INDULGENCE di KL Plaza. Masa interview ada soalan tentang background family. Ayah cikgu mak baru pencen cikgu. Memang target dorang.

Akak mula kerja kena mental psycho, tak boleh berinteraksi sesama pekerja. Tak boleh bertukar nombor handphone. Manager and pihak atasan monitor tingkah laku. Pekerja baru seperti akak saya akan ditawarkan dengan janji janji lumayan seperti jika berjaya dapatkan client secepat mungkin dalam waktu waktu tertentu akan diberi insentif sehingga 8K. Di pujuk supaya menarik family terdekat untuk melabur dengan jumlah minimum. Family mula terpengaruh dengan melabur 50K USD ataupun waktu itu RM 160K.

To cut the story short mula mula ada la untung sikit sikit 2-3K and client pun syok. Sehingga last sekali account tak dapat diselamatkan dan untuk active balik account client kena tambah at least 60K dalam masa hanya beberapa hari atau broker akan close account and duit lebur. Itu la terjadi pada family. Tak ada duit lagi untuk ditambah, account lebur macam tu. Konon HQ hong kong yang uruskan. Company tak boleh buat apa apa. Tapi bila disemak semua scam!!!

Report telah dibuat pada polis, security comission and bank negara. Surprisingly pihak pihak berwajib ni pun cakap susah nak dakwa sindiket ni sebab tak ada undang undang yang betul betul relate dengan dorang. But polis semua bagi jaminan mereka akan tetap siasat. Kami sempat sekeluarga pergi bambu geng geng ni tapi macam orang tak bersalah je anjing anjing ni cakap.

And beware target depa mostly from my sister observation is fresh graduate yang berlatar belakang kan family government servant especially yang ada pencen ada duit pampasan and all that. Too sad most yang kena melayu islam!!! Hopefully kurang orang yang akan tertipu dengan puak puak ni lepas ini. If you ever encounter one of the pig in the photo, beware and immediately keep yourself far far far away...

Sumber blog Farah Doodles.


credit to http://buasirotak.blogspot.com
Tag : kisah


0 Komentar untuk "Kisah Graduan Muda Di Tipu Syarikat Pelaburan Forex Yang Perlu Anda Ambil Ikhtibar"

Back To Top