Akibat dan bahana jika DARAH-DARAH ketika nifas tidak habis keluar ketika berpantang






Akibat dan bahana jika DARAH-DARAH ketika nifas tidak habis keluar ketika berpantang

1) DARAH BANTAL

- ia perlu keluar secara menyeluruh atau lawas. Masa saya dulu...ia keluar mcm ketulan daging merah hitam sebesar tapak tangan.

- bagi ibu yg tak amalkan herba utk melawaskan darah bantal ini...darah ini akan tersangkut dalam rahim dan mengakibatkan perut ibu still membuncit dan muka sembab (macam bengkak air atau macam org bangun tidur) spt masih hamil

Apakah kesannya jika Darah Bantal tertinggal dalam badan?
Kesannya jika Darah Bantal tertinggal dalam badan ia boleh menjadi sejenis darah beracun yang boleh menyebabkan ibu merasa sakit di bahagian ari-ari seperti contraction hendak bersalin lagi atau seperti mengalami senggugut teruk. Ada waktu terkadang mengalami sakit yang agak keterlaluan sehingga keadaan ibu berlutut bertemu dagu. Ada sesetengah kes sakitnya menyukarkan ibu untuk berjalan ataupun bergerak


2) DARAH NIFAS

- kalau darah nifas 2 minggu dh berhenti maksudnya tak selamat dari segi perbidanan. Darah nifas boleh berterusan sehingga 60 hari mengikut mazhab imam shafiie.

- kalau darah nifas x habis keluar, ibu2 mudah terkena keputihan, lelehan faraj , ketumbuhan rahim (cyst fibroid endo) dan hakisan mulut rahim.

3) DARAH BAYAM


- ini dikira darah toksik. Darah bayam ni keluar dipenghujung nifas.

- jika tak habis keluar, mata akan jadi kabur, asyik pening kepala especially masa nk period, rambut gugur dan gatal2 kulit kepala walaupun xde kelemumur.

- ttp paling obvious, ibu2 yg tak pernah ada alahan sebelum mengandung mudah kena penyakit kulit yg gatal2 dan menyebabkan kesan tompok hitam dan berkepingan pada kulit.

Apakah tekstur Darah Bayam ?


- seperti namanya, warna kehijauan berlendir seperti bayam, baunya seperti bayam basi dan kadang2 seperti bau bangkai ikan

- ia sangat beracun

- keluar pada penghujung darah nifas.

Bila ia keluar ?


- selalunya pada penghujung keluarnya darah nifas..

Adakah semua orang akan keluar darah bayam ini ?

- adalah perlu bagi semua ibu yang melalui tempoh berpantang untuk mengalami pengeluaran darah bayam ni, akan tetapi bagi ibu yang menjaga tatacara berpantang, yang rajin melakukan rawatan berpantang (terutama sekali bertuam dan bertungku), dan memakan herba atau jamu yang membantu melawaskan pengeluaran darah nifas, darah ini akan mudah keluar.

Berapa lamakah tempoh bagi darah bayam ini utk keluar ?

- ada yang keluar hanya sehari, ada yang lebih dari sehari.

Cara Untuk mengenalpasti darah bayam?

- ia kan kelihatan seperti hingus kehijauan pada pad..ada yang warna hijau pekat, kadang2 berwarna hijau cair dan seakan2 tidak nampak warna kehijauannya.

Apabila dihidu, ia seperti bau bayam atau sayur yang basi. Ia tidak mengakibatkan kegatalan, akan tetapi jika darah ini keluar terlalu lama secara berterusan dan mengakibatkan ibu kegatalan, ibu2 harus menjalani pemeriksaan lanjut, dikhuartiri ianya bukan darah bayam tetapi jangkitan pada rahim...

Macam mana nak pastikan darah2 kotor beracun ni keluar?? Pastikan anda pm sy..




Tag : kesihatan


1 Komentar untuk "Akibat dan bahana jika DARAH-DARAH ketika nifas tidak habis keluar ketika berpantang"

Bagaimana cara nak keluarkan balik darah tu. Saya dapati tempoh saya tidak keluar darah nifas tu pendek. Setakat due tige minggu lepastu darah bayam pun xde keluar. Skrg hmpir dua thn dh bersalin.. Kesan2 seperti dinyatakan tu terkena pada saya. Lelehan pd faraj. Sakit di bhgian ari2. Blh dikatakan tiap bln.. Bagaimana nk lawaskan balik darah2 tu.. Adakah dgn bertungku?

Back To Top