Gadis Pengkid Kelar Leher Bapa Sendiri Kerana Cintanya Dengan Wanita Lain Tidak Direstui

gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut akibat ditikam di bahagian leher oleh anak perempuannya di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa ditikam sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur oleh anak gadisnya yang marah hubungannya dengan seorang gadis lain tidak direstui.

“Polis menerima panggilan pada kira-kira pukul 10.49 pagi berhubung kejadian itu dan mangsa telah dibawa keluarganya ke Hospital Selayang untuk dirawat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya polis telah menahan suspek berusia 18 tahun terbabit yang masih bersekolah susulan kejadian berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah. – Bernama
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Gadis Pengkid Kelar Leher Bapa Sendiri Kerana Cintanya Dengan Wanita Lain Tidak Direstui "

Back To Top