Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, menurut beliau sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada 5 petang semalam, beberapa anggota polis bergegas ke lokasi.
Katanya dipetik laporan Harian Metro, apabila tiba pihaknya menemui seorang wanita terbaring dengan kesan jerutan di leher di depan bilik utama rumah itu.
"Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.
"Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
credit :http://www.kitabantai.info
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Susulan Kerani Dirogol Dijerut Hingga Mati Polis Tahan Enam Lelaki Nepal"