Laungan Azan Tidak di benarkan di Platinum Victory 3



Saya merupakan penduduk di Platinum Victory 3, Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Di kediaman ini, terdapat surau komuniti yang terletak di bawah blok untuk kegunaan penduduk setempat yang beragama Islam. Sedikit penerangan, di kawasan taman melati setapak, hampir semua penduduk nya adalah melayu dan beragama Islam, sehingga kawasan baru dibuka, di tepi lebuhraya MRR2, dinamakan melati utama, barulah terdapat percampuran penduduk pelbagai kaum. Masjid terdekat terletak di taman melati.

Berbalik kepada permasalahan awal, di kawasan PV3 (platinum victory 3), terdapat surau komuniti yang selalu digunakan. Oleh kerana dekat dengan UIAM, maka penduduk muslim bercampur dari serata negara.

Baru-baru ini, surau komuniti telah meletakkan satu speaker yang bertujuan untuk laungan azan kerana masjid terdekat berada agak jauh, maka untuk memudahkan semua penduduk muslim, azan dilaungkan dari surau komuniti. laungan tidak terlalu kuat tetapi boleh didengari dengan jelas untuk semua rumah.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak dari pengurusan telah menghalang usaha murni tersebut. Cik Betty (wakil pihak pengurusan) telah datang dan menghalang laungan azan dilakukan. Keesokan harinya, pihak pengurusan dipercayai bertindak memutuskan bekalan kuasa menyebabkan speaker tidak berfungsi.

Terdapat, ura-ura mengatakan disebabkan kawasan PV3 adalah private land, maka azan tidak boleh dilaungkan. Sedangkan, kami adalah pembeli rumah yang sah, kami penduduk yang sah, rakyat Malaysia yang mematuhi perlembagaan Islam adalah agama rasmi dan boleh mengamalkan agama secara terbuka. kami juga membayar duit maintenance setiap bulan.

Diharap isu ini dapat disiasat dengan teliti dan tidakan dapat diambil.

Sekian, terima kasih.
Tag : agama


0 Komentar untuk "Laungan Azan Tidak di benarkan di Platinum Victory 3"

Back To Top