Saya seperti nama diatas berasa ragu dengan status hahal bagi produk A1 mee bak kut teh yang tertera logo halal jakim dan sedang bebas dijual dipasaraya NSK sentosa Klang selangor. saya berharap pihak JAKIM/tuan memberi maklum balas berkenaan status berkenaan.
Jika ianya halal, kenapa ianya tidak memaparkan tanda bebas babi atau free pork. yang setahu saya produk bak kut teh adalah resepi dari bangsa china yang mengandungi campuran babi sebagai perisa produk berkenaan. tetapi bila melihat produk berkenaan di NSK sentosa Klang saya mula berasa ragu-ragu dan pelik.
Jika pihak pasaraya NSK melakukan kesalah menjual produk berkenaan diharap akan dikenakan tindakan kerana ini amat menjatuhkan imej bagi kaum muslim yang tidak tau menahu tentang produk berkenaan. ini kerana tidak patut perkara ini berulang kembali melibatkan pasaraya NSK.
sekian,
terima kasih.
By: mohammad redho
Tag :
agama
0 Komentar untuk "berasa ragu dengan status hahal bagi produk A1 mee bak kut teh yang tertera logo halal jakim "