KOTA BHARU: Seorang juru kimpal dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam kerana kesalahan merogol remaja bawah umur yang baru dikenali di laman sosial Facebook.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh, Muhammad Al Hafiz Mohd Yusoff, 21, didapati bersalah pada akhir kes perbicaraan.
Tertuduh yang ketika itu berusia 19 tahun didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan di Kampung Pulau Belacan, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2013.
Sebelum kejadian, tertuduh mengajak mangsa bersiar-siar dan sebelum menghantarnya pulang, tertuduh membawanya ke kawasan hutan dan merogolnya.
Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Nasrul Mohamed merayu hukuman terhadap anak guamnya diringankan dengan alasan tertuduh masih bujang dan sentiasa memberi kerjasama baik kepada mahkamah sepanjang perbicaraan.
“Saya juga memohon penangguhan hukuman berikutan anak guam saya akan memfailkan rayuan hari ini (petang, semalam),” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nordalina Ali bagaimanapun membantah permohonan itu dengan hujah tertuduh tidak mempunyai masalah kesihatan bagi menjalani hukuman dan memohon tertuduh dikenakan balasan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.
“Mangsa masih di bawah umur, saya mohon mahkamah memberi perhatian terhadap kesan trauma dan maruah yang tercalar serta pengalaman pahit yang tidak akan padam sepanjang hidupnya. Mohon juga hukuman yang memberi pengajaran kepada orang lain terhadap keseriusan jenayah ini,” katanya.
Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan jaminan dinaikkan kepada RM20,000. Perbicaraan berjalan dengan 15 saksi pendakwahan dan empat saksi pembelaan.
-Sinar Harian
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "hukuman 14tahun p3njara dan 3sebatan kerana r0gol kenalan gadis di fb"