‘Bodoh Ke?’ Nota Untuk Pemilik Audi Tamak Parkir

PERASAAN bengang sukar digambarkan apabila melihat sesetengah individu tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri sendiri, begitu selamba parkir kereta sesuka hati.

Inilah juga yang dirasakan pengikut laman web Singapura, Stomp bernama Dominic yang berkongsi kisah dialaminya baru-baru ini.

Kejadian berlaku di sebuah tempat letak kereta di Jalan Bukit Merah Blok 143.

Pemilik Audi Salah Parkir, Terima Nota 'Saman'

Gara-gara sebuah kereta Audi mengambil dua petak parkir sekaligus, seorang pemandu lain terlepas peluang parkir di situ.

“Saya tidak mengerti kenapa ada juga individu yang memandu kereta mewah namun punyai otak sebesar kacang. Mereka hanya pentingkan diri sendiri dan bodoh,” luah Dominic kecewa.


Bagaimanapun Dominic memberitahu, bukan dia seorang yang berasa sakit hati melihatnya.

Ianya terbukti menerusi sekeping nota ditinggalkan pada cermin hadapan kereta berkenaan tertera, ‘Are you an idiot? You’re taking 2 parking lots.’

Menurutnya nota tersebut memang sudah ada pada cermin hadapan sewaktu dia menghampiri kereta berkenaan.

Apa pun pemandu Audi ‘otak kacang’ ini patut bersyukur kami rasa, sebab bahasa pada nota yang ditinggalkan taklah kejam sangat dan kereta mahalnya itu tak digarit syiling. – MYNEWSHUB.CC
Tag : semasa


0 Komentar untuk "‘Bodoh Ke?’ Nota Untuk Pemilik Audi Tamak Parkir"

Back To Top