Saya bersetuju utk melangganan plan itu dengan SYARAT tiada kontrak yang di kenakan keatas saya seperti plan yg terdahulu. Pihak P1 juga telah mengesahkan bahawa plan yg bakal saya langgan itu tiada kontrak. Dgn pengesahan itu, sy telah bersetuju melanggan plan baru dari P1 TANPA kontrak.
Malangnya setelah setahun lebih menggunakan perkhidmatan P1 dengan menggunakan plan baru itu, sy dapati kualiti liputan adalah sangat teruk, walaupun aduan telah dibuat tetapi liputan tetap tidak memuaskan sehinggakan sy terpaksa membayar bill bulanan tanpa dpat menggunakan liputan di luar.
Oleh kerana itu, dengan memegang janji P1 yg mengesahkan plan baru ini tiada kontrak, sy menelefon P1 untuk menghentikan langganan P1. Malangnya sy di tegah dari berbuat demikian atas alasan pelan terbaru yg saya langgani ini mempunyai 24 bln kontrak yg bermula dari May 2013-May 2015. Sy amat kecewa dgn pihak P1 yg sewenang-wenangnya mengambil kesempatan terhadap pelanggannya.
Walaupun aduan telah di buat kepada pihak P1, dan sy juga ada meminta sekiranya ada apa2 bukti yg mengatakan saya bersetuju dgn kontrak (sama ada voice recording @ dokumen yg telah di tandatangani) sila kemukakan, malangnya aduan saya tidak di endahkan malah mereka hanya berkata mereka telah mendegar call recording itu dan sy telah bersetuju.
Setiap tuduhan harus disertakan bukti, tp P1 gagal menyediakan bukti. Sekiranya terbukti sy mmg bersetuju dengan plan yg di tawarkan, sy akan teruskan kontrak sehingga habis.
Di sini, sy amat2 rasa tertipu dan ditindas oleh pihak P1. Masa dan tenaga saya juga telah terbuang begitu banyak hanya kerana P1 yang sengaja ingin mengaut keuntungan dengan menipu.
Sekian laporan saya.
By: Azianawati Abdul Aziz
sumber:aduanrakyat
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Pelanggan Setia Dedahkan P1 Wimax Sengaja Mengaut Keuntungan Dengan Menipu"