MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada pelakon dan model, Zarina Anjoulie selepas mengaku bersalah positif dadah jenis syabu, tiga tahun lalu.
Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintah pelakon yang terkenal menerusi drama Anak Pontianak itu menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Selain itu, Zarina, 29 turut diperintah menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.
Dia didakwa atas pertuduhan positif dadah jenis syabu berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan terhadap kandungan dadah dalam air kencing.
Terdahulu, Zarina dan Mohamad Fakhruzaim ditahan kerana memiliki dadah jenis Syabu di alamat No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di Petaling Jaya pada pukul 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Atas kesalahan itu, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika disabitkan bersalah
Tag :
hiburan
0 Komentar untuk "Pelakon Dan Model Jelita Terkenal Positif Dadah"