anak perempuannya bercinta dengan seorang lelaki tapi dia tak berkenan dengan lelaki tadi...






Seorang kawan masjid bertanya saya anak perempuannya bercinta dengan seorang lelaki tapi dia tak berkenan dengan lelaki tadi... Anaknya mati-mati nakkan lelaki tadi..dia tak restu..Bukan seperti yang dia inginkan. Ustaz ada ubat buat anak saya tak dari mabuk cintanya..pening kepala saya..sedih saya..

Saya tanya padanya lelaki tadi jaga solat? Jawabnya. Ya ustaz dia jaga solat berjemaah.

Dia pandai hormat abang tak. Jawabnya dia hormat saya. Pandai berbual dengan saya. Peramah dan banyak senyum..

Ubat terbaik bagi cinta dan sayang ini ialah pernikahan. Abang nikahkanlah anak tadi. Allah letak keberkatan dalam nikah. Nikahkanlah anak walaupun diusia muda jika mereka sudah terlalu berkeinginan untuk berpasangan.

Dalam hadis jangan melambatkan 3 perkara tanpa sebab munasabah. Solat apabila telah masuk waktu. Pengkebumian jenazah dengan segera..Jodoh apabila jodohnya telah di dapati.

Kita tak tahu kebaikan di sebalik semua ini. Rahmat Allah disebalik musibah. Yang kita sangka baik rupanya buruk. Yang buruk boleh jadi baik..sangka baik pada Allah. Jaga perintah Allah dan jaga sunnah Nabi saw. Kita usaha terbaik tapi ada masanya kena ketepikan segalanya dan letak Allah dan rasul saw di hadapan.

Pernah di India saya naik kereta api ekspres. Kami kena tinggal sebab ustaz atau ketua kami arah gerak lambat sikit. Naik keretapi biasa. Siapa sangka perjalanan 6 jam jadi 2hari. Tidur bus stand. Banyak tempat kena singgah.

Kami semua merajuk dengan ustaz tadi yang sebagai ketua kami. Tiada seorang pun bercakap dengannya..rasa kenapalah ustaz ni menyusahkan dan menyakitkan orang. Rupanya ada rahmat di sebalik semua tu. Takdir Allah kereta api yang mula-mula patut kami naik telah kemalangan..Allah jadikan kami asbab hidayah buat beberapa orang bukan Islam.

Allah buat dan takdirkan kerana pasti ada kebaikan di sana..

Ada orang Allah uji hidup ini dengan seorang anak nakal masa muda. Tapi akhir hidup kita dialah yang paling banyak berjasa.

Ada orang Allah uji dengan kemiskinan dan kesempitan hidup. Walaupun dia rajin berusaha..Rupanya ada rahmat Allah yang besar menanti. Allah hadiahkan anak-anak yang kuat berusaha dan berdikari dan menjadi orang terkenal. Lagi besar ujian lagi besar rahmat Allah nak datang..air mata itu rupanya air mata keredhaan Allah..

Ada orang diuji dengan tiada anak. Tapi rupanya Allah nak beri anak yang terbaik buatnya atau pahala seperti ribuan anak dalam dunia kerana kerja dakwahnya.

Ada orang diuji dengan fitnah. Dia dihina di fb dan media sosial. Tapi rupanya jadi asbab hidayah kerana berkat kesabarannya.

Tiada siapa tahu apa ada disebalik sana. Walaupun cuma 1 saat dihadapan. Walau satu langkah di hadapan. Bersedihlah atas kesedihan dan kesusahan tapi ingatlah janji Allah rahmat di sebalik sana...Ya Allah isitqamahkan kami dan jangan bolak balikkan hati kami-ebit lew

#www.transformjiwa.com
‪#‎prokids‬ 3hari 2mlm 017 3666 848
Tarikh 29-1dis kl..5-7dis JB
‪#‎elews‬ design butik bangi sentral
‪#‎Paramount‬ Cofee House @Bangi sentral akan datang.
#013255 6423 jemputan ceramah.



















Tag : semasa


0 Komentar untuk "anak perempuannya bercinta dengan seorang lelaki tapi dia tak berkenan dengan lelaki tadi... "

Back To Top