SEDIH Abang ditempatkan di dlm " bilik khas " di waktu siang kerana nenek tidak sanggup sekiranya Abang hilang dari rumah.





TABUNG JARIAH RAMADHAN...
RENUNGAN ....


Setiap dr kita ada takdir tersendiri yg harus dijalani. Namun percayalah Allah S.W.T tak kan pernah menguji di luar kemampuan hambaNya.
" Abang " 23 thn, seorang OKU dan bergelar yatim piatu sejak beberapa tahun yg lalu. Pun demikian ...Abang dijaga dan ditatang bagai minyak yg penuh oleh neneknya yg sudah tua.



Abang ditempatkan di dlm " bilik khas " di waktu siang kerana nenek tidak sanggup sekiranya Abang hilang dari rumah.
Pantang ada ruang...jika " terlepas " Abang akan melangkah mengikut kakinya tanpa tahu jalan pulang. 



Abang yg selalu " bersuara " tanpa kita fahami itu sgt murah dgn senyuman.
Menjelang malam...nenek akan membawa masuk Abang ke dalam rumah dan tidur bersama nenek. Justeru itu...rumah nenek pintunya dipasang rantai besi dan dimangga. 



Pagi...Abang akan dimandikan dan disuapkan makan. Kemudian Abang akan dimasukkan semula ke " bilik khas " nya. 



Nenek akan masuk ke " bilik khas " Abang setiap kali hendak memberi Abang makan. Abang mmg harus disuapkan makan.
Abang pernah dihantar ke sekolah pendidikan khas tetapi apabila arwah ibunya jatuh sakit...Abang tidak lagi ke sekolah. Abang ada menerima bantuan sarahidup dr JKM. 



Biar apa pun terjadi selagi ada kudratnya..nenek yg merupakan ibu tunggal itu tetap akan menjaga Abang walau terpaksa merangkak sekalipun kerana Abanglah cinta hatinya
Abang dan nenek adalah antara penerima Tabung Jariah kita di sini berupa barangan dapur dan sejumlah wang tunai.



Betapa insafnya melihat keadaan Abang tiada terucap dgn kata-kata.
Dari raut wajahnya yg mudah tersenyum...saya kira dia ttp bahgia walaupun dlm dunianya sendiri. Barangkali kerana kasih sayang nenek yg melimpah ruah...
Tag : kerja amal


0 Komentar untuk "SEDIH Abang ditempatkan di dlm " bilik khas " di waktu siang kerana nenek tidak sanggup sekiranya Abang hilang dari rumah."

Back To Top