Malas lipat baju lepas cuci? Anda mungkin memerlukan mesin Foldimate ini.
Foldimate merupakan sebuah mesin robotik yang boleh melipat baju secara automatik selepas ia selesai dibasuh.
Selain dari melipat baju, mesin ini juga turut menyediakan penggunaan stim bagi menghilangkan kedutan pada baju.
Proses yang diambil ketika menggunakan Foldimate diaktakan mengambil masa sedikit kerana pengguna perlu menggantung baju pada Foldimate secara manual. Hanya 12 helai baju yang boleh digantung dan ia mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk melipat sehelai baju.
Buat masa ini, pakaian yang boleh dimasukkan terhad kepada beberapa jenis pakaian sahaja.
Difahamkan, mesin ini akan berada di pasaran dalam beberapa tahun lagi dan harganya dijangka dalam sekitar $850 (lebih kurang RM3,500).
http://bicaranetwork.blogspot.com
Tag :
semasa
3 Komentar untuk "Malas lipat baju lepas cuci? Anda mungkin memerlukan mesin Foldimate ini."
Apakah mesin ini sudah beredar di indonesia ? soalnya saya belum pernah melihatnya secara langsung ? Hebat ya cara kerja mesin ini selainuntuk melipat baju juga bisa menghilangkan kedutan. Baju tersebut bisa rapih bagaikan sudah di licin mba ?
Informasi nya nenarik banget mbak.. Hehe pingin beli pokoknya...
Sayang nya mahal ya mbaj 3500 RM
ramai peminat ni. harganya sampai rm3500 ke? mahalnya