Gadis Bawah Umur "Dikenduri" Beramai-ramai Pegawai Kastam Di Pulau Tioman

SUNGAI BESAR: Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya akan memastikan tiada sebarang unsur 'cover up' dalam kes-kes jenayah yang membabitkan pegawai kerajaan, termasuk dalam kes seorang gadis yang didakwa dirogol dan didera secara seksual di Pulau Tioman. 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memastikan tiada sesiapa yang akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya terdapat bukti jelas mereka melakukan jenayah.

 "Saya akan memastikan tiada sesiapa juga termasuk pegawai kerajaan yang terlepas daripada sebarang tindakan. "Tindakan juga akan diambil kepada mana-mana pegawai polis yang 'cover up' (kes jenayah yang dilakukan mana-mana pegawai kerajaan," katanya. 

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung kes seorang gadis bawah umur yang mendakwa dirogol bergilir-gilir dan didera secara seksual oleh lima lelaki termasuk seorang anggota Jabatan Kastam di Pulau Tioman. 

Laporan itu turut memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah bahawa enam individu, termasuk seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes itu, namun menafikan pembabitan anggota Kastam dalam kes berkenaan. - BERNAMA
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Gadis Bawah Umur "Dikenduri" Beramai-ramai Pegawai Kastam Di Pulau Tioman"

Back To Top