‘Andai Kita Berpisah Esok, Abang Akan Ingat Kebaikan Saya”- Isteri Yang Dicurangi

SEMEMANGNYA bukan mudah untuk bertindak seperti isteri yang kami paparkan dibawah apabila berdepan dengan suami yang curang.  Perkara ini memerlukan kekuatan dalaman yang cukup besar.

Mari kita ikuti luahan pengalaman wanita tabah ini :-

Assalamualaikum. Admin tolong hide nama saya.  Saya banyak membaca luahan rasa isteri/tunang/bakal isteri yang kadang-kala buat saya tersenyum sendiri.

Adik-adik, saya dah berkahwin lebih 20 tahun. Pahit getir, tersungkur, tertiarap saya dah lalui. Hidup berumahtangga bukan seindah impian. Satu ketika dulu saya pernah dicurangi suami.Hancur hati saya hanya Allah yang tahu.

Namun saya tidak mengamuk, saya tidak histeria. Sebaliknya saya muhasabah diri. Saya tetap layan suami dengan baik sehingga dia tertanya-tanya kenapa saya baik pada dia? Saya jawab, ‘Sekurang2nya andai kita berpisah esok abg akan ingat kebaikan saya & bukan kejahatan saya.”

3 tahun saya menangis dalam senyum. Namun saya tekad perbaiki diri. Saya selalu kata pada diri saya sendir, kalau org tak sayang saya, lebh baik saya sayang diri saya sendri. Saya make over diri saya, saya sambung belajar untuk lupakan kesedihan.

Pada saya andai satu hari nanti suami memilih perempuan itu dan saya harus mengundur diri saya mahu berundur dgn amat bergaya. Saya tidak secantik dan sekaya perempuan itu. Tapi saya berilmu dan ada jawatan tetap dan bergaji tinggi. Itu azam saya. Saya ibarat berdendam dalam diam.

Allah Maha Kaya dan Pengasih. Setiap kali lepas solat saya membaca yasin dan berdoa.

    “Ya Allah ya Tuhanku, andai ini takdirku kuatkanlah imanku dan tabahkn lah hatiku menghadapi ujianmu. Andai ada belas ehsanmu pisahkan lah mereka ibarat engkau pisahkan antara langit dan bumi dan antara syurga dan neraka. Namun andai mereka berjodoh berikan aku kekuatan untuk pergi dari hidup mereka”

Allah mendengar rintihan hati saya. Akhirnya suami bagai tersedar dari mimpi yang indah. Menangis memohon kemaafan lalu membawa saya dan anak-anak berpindah agar jauh dari perempuan tu. Sehingga kini alhamdulillah suami sangat menyayangi saya dan anak-anak.

Pesan saya untuk adik-adik yg dicurangi tabahlah dan sayangi diri kita. Tak perlu biarkan kita hanyut oleh kesedihan dan kegagalan. Bangkit dan tunjukkan siapa kita yang sebenar. Lepaskan mereka yang menyakiti kita.

Ingatlah, andai ia milik kita, dia tetap akan kembali pada kita. Namun andai dia bukan milik kita, terimalah dengan redha dan senyumlah kerana cahaya tetap ada di hujung kegelapan.www.pru14.tv/
Tag : perkahwinan


0 Komentar untuk " ‘Andai Kita Berpisah Esok, Abang Akan Ingat Kebaikan Saya”- Isteri Yang Dicurangi"

Back To Top